awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak tahan dicemuh, peserta pertama berhijab The Voice tarik diri

Atiqah Ismail
Atiqah Ismail
09/02/2018
07:05 MYT
Tidak tahan dicemuh, peserta pertama berhijab The Voice tarik diri
Mennel merupakan peserta berhijab pertama The Voice di Perancis. Foto Instagram Mennel
TIDAK tahan dengan cemuhan netizen, penyanyi wanita kacukan Perancis-Syria ini nekad tarik diri dari rancangan realiti antarabangsa, The Voice, hari ini.
Sebelum ini, Mennel, 22, telah dicemuh oleh netizen selepas beberapa status di Twitternya pada dua tahun lalu dikaitkan seolah-olah dia menyokong keganasan.
BACA: Netizen desak tarik balik penyertaan peserta berhijab pertama The Voice
Peserta berhijab pertama itu telah mengumumkan penarikan dirinya dari The Voice menerusi laman media sosialnya di Facebook.
“Saya ada mesej penting untuk kalian semua. Sebagai seorang penyanyi, tujuan saya menyertai rancangan realiti The Voice bagi menyatukan orang ramai, bukan memecah belahkan, juga membuka minda, bukan menjadikan mereka jumud.
“Saya percaya dengan nilai kemanusian dan kebaikan manusia. Saya percaya juga masa depan kita harus dibina dengan cinta, keamanan dan toleransi. Malah, saya percaya dengan rakyat di negara ini.
“Semenjak beberapa hari lalu, saya terpaksa mengharungi saat getir apabila saya menerima terlalu banyak tumpuan dan cemuhan orang ramai.
“Saya tidak pernah ada niat untuk menyakiti sesiapa malah tujuan dan mesej saya telah disalah anggap sehingga menyakitkan diri saya dengan begitu dahsyat.
“Oleh yang demikian, hari ini saya memutuskan untuk tarik penyertaan saya dari rancangan itu (The Voice),” luah Mennel.
Walau bagaimanapun, Mennel memilih terus positif kerana menganggap keputusan yang dilakukan merupakan peluang dan batu loncatan untuk terus membina karier nyanyian selepas ini.
“Keputusan ini merupakan sebuah permulaan untuk saya membina karier muzik saya dan menggangap ini juga adalah satu kejayaan. Saya akan terus memanfaatkan peluang yang ada untuk terus sebarkan mesej dan niat sebenar saya.
“Saya akan teguh berdiri dengan senyuman dan saya tidak akan biarkan ketakutan menguasai diri saya,” ujar Mennel.
Bagaimanapun, video Mennel selama kira-kira dua minit itu telah menerima pelbagai reaksi netizen.
Topic Berkaitan
#22
#Facebook
#hijab
#keganasan
#Mennel
#Perancis
#The Voice
#Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan