awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
Mahkamah benar lanjutan masa tiga bulan sekat PSI guna AS$340 juta dikaitkan 1MDB
SPRM mulakan siasatan dakwaan transaksi wang akaun pegawai kanan tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tom Hanks jadi hos program khas meraikan hari angkat sumpah Joe Biden

Agensi
Agensi
14/01/2021
05:29 MYT
Tom Hanks jadi hos program khas meraikan hari angkat sumpah Joe Biden
Selain Tom Hanks, majlis itu juga akan diserikan dengan kemunculan Jon Bon Jovi, Demi Lovato, Justin Timberlake dan Ant Clemons. - Gambar fail/Reuters
LOS ANGELES:Pelakon ternama, Tom Hanks, akan menjalankan tugas selaku pengacara dalam siaran khas waktu perdana di televisyen pada 20 Januari ini sempena upacara angkat sumpah Joe Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat.
Reuters yang memetik kenyataan daripada jawatankuasa Biden melaporkan, program berdurasi 90 minit Celebrating America itu juga bakal menghadirkan selebriti seperti Jon Bon Jovi, Demi Lovato, Justin Timberlake dan Ant Clemons.
Dalam majlis itu, gandingan Demokrat, Biden dan Kamala Harris, yang pada awal hari akan mengangkat sumpah sebagai Presiden dan Naib Presiden, juga akan menyampaikan ucapan.
Jawatankuasa Biden bagaimanapun telah meringkaskan majlis besar itu kepada penganjuran yang sederhana berikutan ancaman pandemik COVID-19. Antara yang tidak dijalankan kali ini adalah perarakan dan majlis keraian malam yang lazimnya dilakukan di Washington.
Program khas televisyen itu akan menampilkan penyatuan, keperwiraan, keteguhan dan komitmen rakyat Amerika untuk pulih dan membangun semula, kata jawatankuasa tersebut.
Program itu akan disiarkan di rangkaian saluran CBS, ABC, CNN, NBC dan MSNBC, selain distrim secara langsung di YouTube, Facebook, Twitter dan beberapa lagi platform dalam talian.
Topic Berkaitan
#Tom Hanks
#Joe Biden
#angkat sumpah
#Majlis Khas
#Kamala Harris
#selebriti
#Washington
#Presiden Amerika
#upacara khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan