awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tom kini hamil sebulan, kekecewaan pernah gugur terubat

Gempak
Gempak
24/06/2023
00:40 MYT
Tom kini hamil sebulan, kekecewaan pernah gugur terubat
Fuad Rahman dan Tom mengumumkan berita gembira mereka bakal menimang cahaya mata. - Gambar Gempak
BIARPUN diduga dengan berita keguguran sekitar dua bulan lepas, pasangan Gegar Vaganza 9 (GV9), Fuad Rahman dan Tom bakal menimang cahaya mata apabila penyanyi itu disahkan kini hamil sebulan.
Fuad membuat pengumuman terbabit ketika memberikan ucapan dalam sebuah majlis di Singapura pada Jumaat.
"Selepas GV9 saya dapat jumpa balik kekasih hati saya iaitu Tom, kita rahsiakan percintaan kita. Kemudian, saya melamar dia sebelum orang lain ambil.
"Beberapa bulan lepas isteri saya keguguran, tapi Alhamdulilah dua hari lepas dia asyik alahan saja, bila pergi check Alhamdulillah doktor kata dah sebulan usia kandungan," kata Fuad ketika sesi meet & greet bersama peminat.
Tom yang terkejut dengan pengumuman itu mengharapkan doa orang ramai untuk dipermudahkan urusan kehamilannya kali ini.
"Kata nak rahsia? Tak apalah, alang-alang suami dah bagitahu, saya minta doakan anak dalam kandungan sihat dan dapat melahirkan anak kami dengan selamat. Amin," tulisnya bersama hashtag #fuadrahmanjunior.
Tom dan Fuad mendirikan rumah tangga pada majlis tertutup pada 26 Februari lalu.
Sebelum ini, Tom dan Fuad pernah menjalin hubungan cinta pada 2005, namun, berpisah pada 2010 apabila Fuad ditahan Polis Singapura dan dihukum penjara akibat penyalahgunaan dadah.
Cinta mereka bertaut semula selepas masing-masing terbabit dalam musim kesembilan GV9, tahun lalu. - Gempak
Topic Berkaitan
#Tom hamil
#Fuad Rahman
#Gegar Vaganza 9
#Tom keguguran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan