Berita baik bagi semua peminat filem Conjuring!

Warner Bros. Pictures baru sahaja melancarkan trailer penuh filem 'The Conjuring 2:The Enfield Poltergei', dibawah arahan sutradara kelahiran Malaysia, James Wan.

Selepas meraih sambutan yang hebat pada tahun 2013 (filem 'The Conjuring'), Warner Bros kini kembali dengan sekuel kedua filem bergenre seram ini.

Tidak dapat dinafikan, trailer ini tampil sekali lagi dengan beberapa adegan yang cukup menyeramkan.

Ia dijangka ditayangkan di pawagam mulai 10 Jun, 2016.

Filem 'The Conjuring', yang dibintangi Vera Farmiga dan Patrick Wilson sebagai Ed dan Lorraine Warren, adalah berdasarkan kisah benar.

Ia mengisahkan tentang penyiasatan paranormal yang dilakukan untuk membantu keluarga Perron (Ron Livingston dan Lili Taylor), yang mengalami peristiwa-peristiwa mistik di rumah mereka di Harrisville, Rhode Island, pada tahun 1971.