awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan dua lagi lelaki bantu siasatan kes bunuh di Sg Bakap
Mohamad Hasan gesa rakyat Malaysia di luar negara kerjasama rapat dengan kedutaan
Penempatan semula mesin pengimbas di KLIA T1, tingkat keselamatan, lancar aliran penumpang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trailer filem Terbaik Dari Langit didedahkan di YouTube

Hamzah Hamid
Hamzah Hamid
07/10/2014
07:23 MYT
Trailer filem Terbaik Dari Langit didedahkan di YouTube
Filem "Terbaik Dari Langit' bakal menemui penonton tempatan pada 25 Disember 2014.
Buah tangan layar lebar terbaharu arahan Nik Amir Mustapha, "Terbaik Dari Langit" kini semakin mendekati khalayak penonton apabila pihak produksi memuat naik trailer filem berkenaan ke laman YouTube.
Trailer sepanjang 1 minit 30 saat itu memaparkan sedutan adegan menarik yang dijayakan para pelakon hebat antaranya Bront Palarae, Iedil Putra, Amerul Affendi dan Nadiya Nisaa'. Turut tampil memberi 'hidup' kepada filem tersebut ialah pelakon berbakat Sharifah Amani, Siti Saleha dan Megat Sharizal.
Diterbitkan oleh Playground Film dan Astro Shaw, filem itu mengisahkan seorang jejaka bernama Berg yang merancang sebuah pengembaraan bersama empat rakannya untuk mencari kebenaran mengenai kisah UFO. Namun, di sebalik perjalanan yang jauh itu, mereka akhirnya menyedari sesuatu yang tidak pernah dijangkakan sebelumnya.
Filem dengan genre kembara dan drama itu bakal bertanding di Festival FIlem Antarabangsa Tokyo pada 24 Oktober depan manakala penonton di negara ini bakal menyaksikannya pada 25 Disember 2014 nanti!
Topic Berkaitan
#bront
#dari
#filem
#langit
#Nik Amir Mustapha
#terbaik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan