awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"That train is everything!" - 'Veil' meleret Priyanka Chopra jadi sebutan!

Gempak
Gempak
05/12/2018
04:34 MYT
"That train is everything!" - 'Veil' meleret Priyanka Chopra jadi sebutan!
Menurut laporan People, gaun perkahwinan Priyanka dihiasi oleh 2.3 juta butir labuci mutiara dan mengambil masa 1,826 jam untuk disiapkan! - Foto Astro GEMPAK
"AND forever starts now ...," itu antara bait-bait kata yang ditulis Priyanka Chopra buat teman sehidup sematinya, Nick Jonas ketika majlis resepsi semalam.
Pasangan itu melangsungkan resepsi mengikut tradisi Kristian selepas selamat berkahwin pada Sabtu lalu.
Dalam majlis tersebut, Priyanka mencuri tumpuan dengan menyarung gaun labuh putih rekaan Ralph Lauren.
Namun sebenarnya, bukan itu yang menjadi perhatian! Kain layah (veil) meleret sepanjang 22 meter menjadi bualan seluruh dunia.
View this post on Instagram
And forever starts now... ❤️ @nickjonas
A post shared by Priyanka Chopra (@priyankachopra) on
Dec 4, 2018 at 4:36am PST
Priyanka tampil penuh dramatik dari dalam gereja dengan veil yang dipegang oleh enam orang pengiring di belakangnya.
Manakala, menurut laporan People, gaun perkahwinan Priyanka dihiasi oleh 2.3 juta butir labuci mutiara dan mengambil masa 1,826 jam untuk disiapkan!
Menariknya, sepanjang tempoh 50 tahun keberadaan Ralph Lauren dalam industri fesyen, beliau hanya pernah mereka tiga gaun pengantin sahaja.
GALERI FOTO: Penyatuan dua hati.. Priyanka Chopra dan Nick Jonas
Pertamanya untuk anak perempuannya, seterusnya buat menantu perempuannya dan kali terakhir untuk anak saudaranya.
Persalinan Priyanka dilengkapi dengan sepatu khas rekaan pereka Malaysia, Datuk Jimmy Choo.
View this post on Instagram
Once upon a fairytale... @nickjonas Link in bio @people
A post shared by Priyanka Chopra (@priyankachopra) on
Dec 4, 2018 at 7:12am PST
Majlis itu berlangsung di Istana Umaid Bhawan, Jodhpur, India dengan kehadiran 225 orang tetamu termasuk keluarga kedua-dua pasangan itu.
Priyanka dan Nick telah bertunang pada Julai lalu selepas dua bulan berpacaran.
Topic Berkaitan
#India
#Instagram
#Nick Jonas
#perkahwinan
#Priyanka Chopra
#Ralph Lauren
#resepsi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan