awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tya Ariffin menggigil nampak Kamal Adli dipukul

Gempak
Gempak
13/03/2023
22:45 MYT
Tya Ariffin menggigil nampak Kamal Adli dipukul
Kejadian aktor Kamal Adli dipukul menggunakan cota di kepala turut disaksikan rakan selebriti iaitu pelakon Tya Ariffin yang turut berada di lokasi yang sama. - Gambar GEMPAK
KEJADIAN aktor Kamal Adli dipukul menggunakan cota di kepala turut disaksikan rakan selebriti iaitu pelakon Tya Ariffin yang turut berada di lokasi yang sama.
Menurut menantu kepada penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza ini, dia sendiri yang melihat insiden itu berasa panik apatah lagi isteri kepada aktor itu iaitu Uqasha Senrose.
“Ya Allah sesungguhnya niat kami semua hanya mencari rezeki. Tapi apa daya ketika dugaan datang. Uqasha sabar okay sayang.
“Pertama kali dalam hidup Tya tengok langsung pun rasa gigil kaki. Keluar masuk tunggu ambulans, polis datang. Lagi-lagi Uqasha, mesti perasaan hancur tengok suami sendiri.
“Tolong untuk semua doa-doakan Kamal sekarang,” kata Tya yang berkongsi foto keadaan panik selepas kejadian itu berlaku di laman Instagram miliknya.
Menerusi salah satu foto itu juga, Tya memeluk erat dan mencuba untuk menenangkan Uqasha yang sedang menangis.
Sementara itu, Tya turut memuji Uqasha dan Kamal yang sentiasa beramah mesra bersama peminatnya sepanjang di acara tersebut.
“Kamal dan Uqasha orang baik, hardworker kalau dekat booth mesti dari buka sampai tutup ada, ramah dengan semua orang. Berilah kesembuhan padanya Ya Allah.
“Untuk semua pula be safe. Tak tahu nak cakap apa lagi. Jaga diri. Jaga orang yang kita sayang. Tolong semua doakan Kamal sedang dalam pembedahan sekarang,” ujarnya.
Terdahulu, Uqasha memaklumkan mengenai suaminya, pelakon Kamal Adli mengalami kecederaan parah selepas diserang oleh individu tidak dikenali, di Singapura.
Uqasha ketika dihubungi berkata, insiden itu berlaku ketika mereka sedang berada di satu acara di negara itu, malam Ahad.
View this post on Instagram
A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw)
* Artikel asal disiarkan di Gempak.
Topic Berkaitan
#kamal adli diserang
#Kamal Adli dipukul dengan cota
#Uqasha Senrose
#Tya Ariffin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan