awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenderaan rosak dibaling batu dari jambatan, polis giat kesan pelaku
Pasukan pengaman PBB lapor tembakan Israel di selatan Lubnan
Niaga hadapan emas dijangka kekal dalam aliran positif minggu depan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ulasan positif selepas tayangan perdana filem Kolumpo

Muzaffar Mustapa
Muzaffar Mustapa
26/11/2013
15:54 MYT
Ulasan positif selepas tayangan perdana filem Kolumpo
Rata-rata yang hadir ke tayangan perdana filem KOLUMPO menyukai filem tersebut sejurus selesai tayangan filem itu yang berlangsung di The Curve malam tadi.
Filem Kolumpo bakal ditayangkan kepada umum mulai 5 Disember depan.
Bercerita tentang harapan dan impian warga kota Kuala Lumpur, filem ini membawa penonton ke latar Pasar Seni ke KLCC sampai ke Setapak, filem ini mengaitkan cerita -- cerita tentang harapan dan impian warga kota Kuala Lumpur.
Ia mengisahkan seorang imigran India yang baru sahaja tiba di KL untuk berkerja dan mendapati syarikat yang telah mengupahnya sudah jatuh bankrup. Dia kemudian diselamatkan oleh seorang tauke bos mamak dan memulakan hidup barunya sebagai seorang pendatang haram di KL.
Di Setapak pula, seorang gadis muda yang asyik cuba mengelak panggilan telefon ibunya didapati sedang menolong seorang perempuan tua nyanyok mencari rumah yang dia tidak ingat untuk sepanjang hari.
Di Ampang, seorang pemuda bertemu dengan seorang gadis misteri di KLCC yang turut ketinggalan tren terakhir. Untuk seorang pemuda yang tidak pernah bercinta, pertemuan ini bakal mengubah hidup si jejaka muda ini.
Pergabungan ketiga cerita ini akan menghasilkan sebuah kaleidoskop hidup di bawah langit kota Kuala Lumpur yang bakal menyayat dan mencuit hati para penonton.
#kolumpo - got heart. Rare. Must see.
— redza minhat (@rdzaminhat) November 26, 2013
Anthology & Metafora yg bernas dlm setiap babak penceritaan. #Kolumpo Filem yg Wajib diBaca
— Buahmulut.Com (@Buahmulut) November 26, 2013
#Kolumpo, 3 different stories in one beautiful movie. A must watch.
— Richard Wong (@richardwongsc) November 26, 2013
How nice to watch a local movie that exceeded my expectations. #Kolumpo is well-observed, compassionate, whimsical. Syukur!
— Amir Muhammad (@amirmu) November 26, 2013
#kolumpo film preview. It is a great film,the storyline, if u love KIL u gotta watch #kolumpo I can't explain, but it touched people's heart
— Magnus Bane (@AirellRezell) November 26, 2013
#Kolumpo is a must watch..it really reflects the reality of orang2 yang hidup di KL..job well done! Two thumbs up from me :)
— Gadaffi Ismail Sabri (@dafiismailsabri) November 26, 2013
watched #kolumpo's trailer. i literally can't wait to watch the movie. it's so heartwarming, it's so inviting!
— The Merchant (@MerchantofMilan) November 26, 2013
Laughter filled the air tonight at #kolumpo screening. It's a good sign right? Alhamdullilah. Tq for all your support.
— KOLUMPO (@KOLUMPOTHEMOVIE) November 26, 2013
Filem #Kolumpo memang best.nanti dah tayang pi tgk yer
— Farihad Shalla (@farihad) November 26, 2013
KOLUMPO, sebuah filem Bront Palarae, Sheikh Munasar dan Rozi Izma Abdul Karim dibintangi Sharifah Amani, Azad Jasmin, Ruminah Sidek, Shoffi Jikan, Nell Ng, Mano Maniam, Emily Poon, Sabri Yunos, Amerul Affendi, Azhan Rani, Along Eyzendy dan memperkenalkan Amirul Ariff.
Sekiranya anda telah menonton filem tersebut, kongsikan pandangan anda dengan menyertakan hashtag #Kolumpo.
Topic Berkaitan
#Bront Palarae
#filem
#KOLUMPO
#Ruminah Sidek
#Sharifah Amani
#Sheikh Munasar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan