ENTERTAINMENT
'Untukmu' - Feminin buat penampilan istimewa pada malam terakhir konsert genKRU

Malam keempat konsert genKRU di Axiata Arena, Bukit Jalil akan menampilkan kumpulan ikonik era 90-an, Feminin, sebagai kejutan istimewa. -Instagram Icon Entertainment
MALAM keempat konsert genKRU di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur menjadi lebih istimewa apabila kumpulan ikonik era 90-an, Feminin, bakal membuat kemunculan mengejutkan.
Ringkasan AI
- Malam keempat konsert genKRU di Axiata Arena, Bukit Jalil akan menampilkan kumpulan ikonik era 90-an, Feminin, sebagai kejutan istimewa.
- Konsert genKRU mendapat sambutan luar biasa sehingga penganjur menambah satu malam lagi bagi memenuhi permintaan peminat.
- Konsert ini bukan sekadar persembahan muzik, tetapi juga penghormatan kepada legasi KRU dan artis-artis yang pernah bernaung di bawah mereka.
“Kami tahu anda rindu. Jadi kami bawakan Feminin sebagai satu bonus buat yang hadir esok.
"Sebuah BONUS buat yang hadir esok….Sebuah kelainan untuk menambahkan lagi kerinduan kalian setelah konsert selesai.
"Jangan tanya kenapa malam ke-4 sahaja? Setiap malam memang istimewa dan lain bukan kami sebenarnya.
"Untukmu... khusus buat Konsert genKRU,” tulis penganjur di akaun Instagram pada Sabtu.
Feminin merupakan kumpulan pop wanita Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1992.
Mereka mencapai kejayaan besar pada era 1990-an dan mula dikenali dengan lagu hit dari album pertama mereka, "Untukmu".
Anggota kumpulan terdiri daripada As sebagai vokal utama, Watie sebagai vokal kedua, Deq Nor sebagai vokal harmoni, dan Yatie.
Kehebatan mereka dalam industri muzik Malaysia menjadikan Feminin antara kumpulan wanita yang meninggalkan impak sepanjang dekad tersebut.
Kumpulan trio adik-beradik KRU, yang terdiri daripada Norman Abdul Halim, Yusry, dan Edry, kembali bersatu di pentas selepas tujuh tahun menyepi.
Kali terakhir KRU beraksi dalam sebuah pentas mega adalah pada Mei 2018 menerusi Konsert GenerasiKRU25.
Konsert ini bukan sekadar persembahan muzik, tetapi juga satu penghormatan kepada legasi KRU dan artis-artis yang pernah bernaung di bawah mereka.
Dengan kehadiran Feminin, genKRU bukan sahaja menghidupkan semula memori peminat lama, tetapi juga memperkenalkan generasi baharu kepada kehebatan muzik era 90-an.
Tiket untuk konsert genKRU malam keempat boleh didapati di https://www.ticket2u.com.my/kruDay4.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami