DITUDUH terikut-ikut dengan gaya penyanyi senior yang tampil di pentas nyanyian dengan kaca mata hitam, penyanyi baru Haqiem Rusli ada penjelasan sendiri.
Katanya, imej bercermin mata hitam serasi dengan dirinya walaupun penampilan itu mengundang spekulasi peminat yang menyifatkan dia seorang 'playboy' dan sombong.
"Ramai yang cakap saya seorang playboy apabila melihat saya bercermin mata hitam walaupun membuat persembahan pada waktu malam.
"Ada juga yang cakap saya sombong.
"Tetapi sebenarnya cermin mata hitam ini membina keyakinan diri saya dan apabila saya semakin selesa, imej ini serasi dan menjadi trademark saya sampai sekarang.
"Jadi, untuk menyanyi saya perlu pakai cermin mata hitam," katanya yang ditemui pada majlis sidang media Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur semalam.
Haqiem antara pendatang baharu seni suara yang berjaya melayakkan diri ke peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 menerusi lagu Segalanya dan Tergantung Sepi.
Selain Haqiem, Wany Hasrita, Tajul, Ismail Izzani, Aiman Tino dan Sufian Suhaimi antara barisan penyanyi baharu yang bakal berentap.
Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 akan berlangsung pada 29 Oktober, 5 dan 12 November di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @hakiemrusli
Gempak
Wed Oct 25 2017

HAQIEM: "Cermin mata hitam ini membina keyakinan diri saya dan apabila saya semakin selesa, imej ini serasi dan menjadi trademark saya sampai sekarang."

COVID-19: Nasihat perjalanan CDC AS bukan perkara luar biasa - Pakar
CDC AS pada masa yang sama juga mengeluarkan nasihat yang sama ke atas kebanyakan negara Eropah dan Canada.

13 pesakit COVID-19 maut dalam kebakaran hospital
Saksi kejadian melaporkan terdengar bunyi letupan pada unit penyaman udara di unit rawatan rapi (ICU) sebelum kebakaran bermula.

Kerajaan Sabah beri bantuan RM500 sempena Aidilfitri kepada penjawat awam
Kerajaan Sabah hari ini mengumumkan bantuan khas kewangan Aidilfitri 2021 kepada penjawat awam negeri berjumlah RM500.

Penjual kuih didakwa sebabkan kematian anggota polis
Tertuduh, Mohd Arafat didakwa menyebabkan kematian Muhammad Iqbal dengan memandu secara berbahaya serta menghimpit motosikal mangsa.

Terbuka Stuttgart: Halep mulakan aksi dengan bergaya
Pemain pilihan kedua itu sedang memburu final pertamanya di Stuttgart dan kelihatan berada dalam prestasi terbaik apabila hanya memerlukan 56 minit untuk menewaskan Vondrousova 6-1, 6-3.

Dialog | Desentralisasi sistem pendidikan negara
Persoalan tentang perlunya sistem pendidikan negara dirombak semula berbangkit apabila semakin ramai graduan yang menganggur ketika ini. Pensyarah Fakulti Pendidikan UKM, Dr Anuar Ahmad berpendapat ia berakar daripada warisan sistem diperkenalkan penjajah untuk mengawal pemikiran masyarakat ketika pendudukan mereka di negara ini.

Apa makna nasihat perjalanan AS kepada Malaysia
Untuk bercakap mengenai perkara ini kita bersama Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar.

Penjawat awam Selangor diberi bantuan khas setengah bulan gaji atau RM1,000
Amirudin berkata pembayaran BKK itu melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM22.675 juta.

Dua penuntut UMP ditemukan lemas di Air Terjun Pandan
Mangsa A. Sharvin Ananth, 23, dan R.Goobi, 23, difahamkan ke air terjun itu bersama sembilan lagi rakan untuk beriadah.

MAQIS rampas 48 tan udang dari Iran
Hasil pemeriksaan rutin dilakukan oleh pegawai penguat kuasa pada 12.30 tengah hari itu mendapati dua kontena terbabit membawa 4,000 kotak udang sejuk beku tanpa permit import yang sah.

Wanita temui cermin mata dalam bungkusan kentang goreng
Cermin mata tersebut dengan bingkai hitam itu jelas kelihatan menerusi bahagian tingkap bungkusan berkenaan.

Kekal fokus, bergaya dengan kolaborasi HUAWEI X GENTLE MONSTER Eyewear II dan HUAWEI FreeBuds Studio
HUAWEI memperkenalkan fon kepala berkualiti tinggi, HUAWEI FreeBuds Studio dan kolaborasi kaca mata pintar dengan trend Korea, iaitu HUAWEI X GENTLE MONSTER Eyewear II.

Cermin mata milik Mahathma Gandhi dijual pada harga RM1.4 juta
Individu yang memiliki cermin mata itu meninggalkannya dalam sampul surat yang diserahkan kepada pelelong tempatan di Bristol, England.

Masalah rabun serius, Kirthana terima hakikat
Kirthana telah lama mengalami masalah rabun yang serius dan ia telah membelenggu atlet tersebut bagi menjalani latihan intensif sekali gus merencatkan program untuk beraksi di tahap yang lebih tinggi.

Pahang tangguh kebenaran operasi kedai gunting rambut, cermin mata sepanjang PKP berkuatkuasa
Pahang menangguhkan kebenaran operasi kedai gunting rambut dan cemin mata sepanjang PKP berkuatkuasa.

Wanita di Jepun perlu berjuang untuk berkaca mata ke tempat kerja
Kaum wanita di Jepun menyuarakan rasa tidak puas hati selepas mereka dilarang memakai cermin mata ke tempat kerja.

Usah tuduh melulu, ini sebab kenapa Haqiem Rusli selalu pakai cermin mata hitam
Dituduh terikut-ikut dengan gaya penyanyi senior yang tampil di pentas nyanyian dengan kaca mata hitam, penyanyi baru Haqiem Rusli ada penjelasan sendiri.