awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usaha sama filem Malaysia-Australia mampu rangsang pertumbuhan industri kreatif tempatan

Bernama
Bernama
09/07/2021
06:54 MYT
Usaha sama filem Malaysia-Australia mampu rangsang pertumbuhan industri kreatif tempatan
Langkah itu membolehkan karya filem Malaysia menembusi pasaran negara lain yang telah menandatangani perjanjian usaha sama. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Perjanjian usaha sama penerbitan filem antara Malaysia dan Australia yang berkuat kuasa bulan ini, dijangka merangsang pertumbuhan ekonomi bagi sektor industri kreatif tempatan serta industri rantaian dan sokongan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata perjanjian itu merupakan antara inisiatif berimpak tinggi untuk memajukan sektor industri kreatif tempatan serta membuka lebih banyak peluang dan ruang untuk penggiat industri kreatif menerusi jalinan kerjasama dengan Australia.
Perjanjian itu yang merupakan antara inisiatif di bawah strategi pembangunan industri perfileman tempatan ke persada antarabangsa diterajui agensi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) iaitu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Melalui perjanjian itu, katanya produksi dari Malaysia akan dianggap sebagai produksi tempatan Australia yang membolehkan karya filem Malaysia menembusi pasaran negara lain yang telah menandatangani perjanjian usaha sama dengan Australia seperti Kanada, China, Singapura, Itali, Jerman dan United Kingdom.
"Saya berharap jalinan usaha sama ini akan terus mengukuhkan perkongsian strategik dalam penerbitan filem, meningkatkan kualiti dan kuantiti penghasilan filem, menggalakkan pembangunan kemahiran terhadap produksi tempatan serta membolehkan pertukaran budaya dan kreativiti penerbitan antara Malaysia dan Australia," katanya.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan perjanjian usaha sama berkenaan boleh diperoleh di laman web www.kkmm.gov.my dan www.finas.gov.my atau melalui Bahagian Galakan Penggambaran FINAS di talian 03-41041300 serta e-mel di [email protected].
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perfileman
#usahasama
#Malaysia
#Australia
#industri kreatif
#Komunikasi dan Multimedia
#Saifuddin Abdullah
#KKMM
#FINAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan