awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

U-Wei bakal dianugerah ijazah kehormat kedoktoran daripada Aswara

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
18/11/2023
04:25 MYT
U-Wei bakal dianugerah ijazah kehormat kedoktoran daripada Aswara
U-Wei menganggap anugerah yang bakal diterimanya sebagai satu penghormatan yang bermakna buat dirinya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seniman U-Wei Saari bakal dianugerahkan ijazah kehormat kedoktoran daripada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
Penganugerahan tersebut dijadualkan pada istiadat konvokensyen Aswara ke-18 pada 26 November ini.
Bercakap kepada Astro AWANI, U-Wei menganggap anugerah yang bakal diterimanya sebagai satu penghormatan yang bermakna buat dirinya.
"Tentunya ia adalah satu penghormatan besar kepada saya apabila pihak Aswara mahu memberikan anugerah ini.
"Amat bermakna kerana ia datang dari sebuah pusat pengajian tinggi yang yang khusus untuk seni dan budaya," katanya.
U-Wei merupakan seniman yang cukup dihormati di dalam dan luar negara serta sering diundang menjadi juri festival filem antarabangsa di luar negara.
Antara filem yang beliau arahkan adalah Perempuan, Isteri dan ..., Kaki Bakar, Sepohon Rambutan Indah Kepunyaanku di Tanjung Rambutan, Hanyut dan banyak lagi.
Kaki Bakar merupakan filem Melayu pertama ditayangkan di Cannes Film festival dan turut menerima anugerah.
Filem kedua arahan beliau yang ditayangkan di Cannes Film Festival adalah Sepohon Rambutan Indan Kepunyaanku di Tanjung Rambutan.
Selain mengarah filem, U-Wei juga sering diundang menjadi kurator untuk beberapa pameran seni.
Topic Berkaitan
#U-Wei Saari
#industri seni
#Ijazah Doktor Kehormat
#pengiktirafan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan