awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

U-Wei tidak ralat kelayakan Hanyut dibatalkan

Astro Awani
Astro Awani
02/04/2013
03:52 MYT
U-Wei tidak ralat kelayakan Hanyut dibatalkan
Pemilihan pengarah filem tersohor tanahair, U-Wei Hj Saari sebagai ketua juri di majlis Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa Asean (AIFFA) menyebabkan filem arahannya, Hanyut dibatalkan kelayakan untuk turut sama bertanding di festival tersebut.
Namun, pengarah filem itu tidak kecewa dan menyifatkan pengorbanannya itu adalah untuk pembangunan industri filem tempatan yang dirasakannya lebih berharga.
“Festival filem ini pertama kali dianjurkan dan pihak penganjur memerlukan saya untuk mengangkat festival ini ke peringkat yang lebih tinggi. Saya perlu menyokong mereka dan mengorbankan filem saya. Saya kira Hanyut juga berpeluang untuk ke festival lain.”
Selaku ketua juri, U-Wei berpuas hati dengan keputusan malam anugerah tersebut walaupun ada pihak yang mungkin mempertikaikannya.
“Pahat harus berbunyi, lebih-lebih lagi apabila bercerita tentang penilaian terhadap sesebuah filem. Keputusan yang telah ditetapkan oleh panel juri amat kami berpuas hati.” tegasnya.
Walaupun tidak bertanding, U-Wei yakin filem terbaru arahannya, Hanyut mempunyai potensi untuk menerima pengiktirafan yang lain.
“Seharusnya, saya bukan ahli politik untuk memuaskan hati semua orang. Saya tidak kisah dengan kritikan. Kerja seni tiada yang sempurna. Tiada masalah bagi saya. Pada saya, ia seperti kapur dalam udara sahaja.” menjawab ulasan filem Hanyut yang disiarkan di portal The Asia City Network di Singapura.
Filem bergenre drama epik itu dibintangi Peter O'Brian, Sofea Jane, Adi Putra dan Diana Danielle adalah adaptasi novel tulisan Joseph Conrad iaitu Almayer's Folly.
U-Wei ditemui selepas Malam Gala Anugerah AIFFA 2013 pada Sabtu malam. Festival 3 hari itu berlangsung di Borneo Convention Centre, Kuching, Sarawak.
Topic Berkaitan
#AIFFA
#hanyut
#Ketua Juri
#Sofea Jane
#u-wei hj saari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan