awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vanessa Hudgens tamat zaman bujang dengan pemain besbol profesional

Media Hiburan
Media Hiburan
08/12/2023
04:13 MYT
Vanessa Hudgens tamat zaman bujang dengan pemain besbol profesional
Majlis perkahwinan diadakan secara tertutup di Azulik City of Arts,Tulum, Mexico pada penghujung minggu lalu. -Media Hiburan
PELAKON dan penyanyi yang popular menerusi siri filem, High School Musical, Vanessa Hudgens dilaporkan telah menamatkan zaman bujangnya dengan seorang pemain besbol profesional, Cole Tucker.
Majlis perkahwinan diadakan secara tertutup di Azulik City of Arts,Tulum, Mexico pada penghujung minggu lalu.
Memilih lokasi indah tersebut, dalam temu bual bersama Vogue Wedding, Vanessa berkongsi, “Saya tahu bahawa ini adalah tempat kami.
"Saya rasa seperti dibawa ke utopia, tidak seperti apa yang pernah saya lalui sebelum ini. Ia adalah aneh dan ajaib, dan saya seperti baru sahaja jatuh cinta.”
Mengadakan majlis secara tertutup, bintang terkenal ini tidak membenarkan para tetamu membawa telefon bimbit ke majlis perkahwinannya. Menurut Vanessa, dia memiliki sebab tersendiri.
“Saya sangat bersyukur kerana kami mengadakan perkahwinan secara tertutup peribadi dan saya menyimpan telefon tetamu.
"Sungguh mengagumkan kerana semasa makan malam, saya akan melihat sekeliling dan semua orang bercakap antara satu sama lain.
“Pihak keluarga dan rakan kami berkumpul dan mewujudkan hubungan sebenar. Melihat itu dan membawa semua orang bersama-sama dan meraikan kami, ia sangat ajaib.
"Secara literal bercakap mengenainya sekarang, saya semakin sebak.
“Saya tidak pernah mengimpikan ia menjadi lebih baik. Saya tahu ia akan menjadi ajaib, tetapi ia melebihi jangkaan saya,” ujarnya.
Pada hari perkahwinannya, Vanessa tampil anggun menggayakan dua persalinan untuk majlis nikah dia memilih busana gaun potongan duyung bertali spageti manakala untuk sesi resepsi dia menggayakan gaun potongan kemban penuh renda di bahagian badan.
Kedua-dua busana tersebut merupakan rekaan pereka fesyen terkenal, Vera Wang.
Berbicara soal jodoh, pasangan ini memiliki beza usia sebanyak 6 tahun dan itu bukanlah halangan bagi mereka.
Vanessa yang kini berusia 34 tahun manakala Cole pula berusia 27 tahun dikatakan mula berkenalan dan rapat pada penghujung tahun 2020. -Media Hiburan
Topic Berkaitan
#Vanessa Hudgens
#high school musical
#Cole Tucker
#Azulik City of Arts
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan