awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video Alif Satar usung jenazah di Tanah Suci cecah 1.2 juta tontonan dalam tiga hari

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
02/12/2017
04:33 MYT
Video Alif Satar usung jenazah di Tanah Suci cecah 1.2 juta tontonan dalam tiga hari
Alif sendiri tidak lokek untuk berkongsi tip dengan para pengikutnya tentang bagaimana untuk memperolehi peluang yang sama. -Foto Instagram Alif Satar
APABILA berkunjung ke Tanah Suci untuk beribadat, umat Islam pastinya akan merebut apa sahaja peluang untuk mempertingkatkan amalan dan memperkukuhkan ketakwaan kepada Allah SWT.
Bagi penyanyi popular Alif Satar, kunjungan ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah sangat istimewa apabila berpeluang untuk turut sama mengusung jenazah keluar dari Masjidil Haram.
Alif berkongsi video berkenaan tiga hari lalu, dan ketika berita ini ditulis, video tersebut sudah mencecah 1.2 juta tontonan.
Menerusi video pendek itu, dapat dilihat bukan sahaja Alif malah beberapa lagi jemaah tidak mahu melepaskan peluang untuk mengiringi jenazah insan terpilih itu.
Sekadar berkongsi.. memang susah Alif nak dapat peluang ni... mengejar pahala sebesar gunung Uhud.. alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah..
A post shared by Alif Satar (@alifsatar) on
Nov 28, 2017 at 3:36am PST
Perkongsian Alif itu mengundang sebak netizen, dan menyifatkan peluang yang dimiliki Alif itu bukan sesuatu yang mudah untuk diperoleh.
Ramai juga dalam kalangan netizen berkongsi kisah pemergian orang tersayang yang dijemput di Tanah Suci.
Menjawab soalan peminatnya, Alif sendiri tidak lokek untuk berkongsi tip dengan para pengikutnya tentang bagaimana untuk memperoleh peluang yang sama.
"Boleh tunggu di pintu berdekatan dengan istana, di bawah jambatan. Ada ruang di mana jenazah diletakkan. Laluan yang sama juga digunakan oleh Imam Masjdil Haram untuk masuk dan keluar," tulis Alif.
Penyanyi yang juga seorang pelakon dan pengacara itu juga tidak kisah jika ada yang mempertikaikan tindakannya memuat naik video itu.
"Peminat adalah keluarga saya. Saya mahu berkongsi pengalaman ini dengan keluarga saya dan ia bukan satu kesalahan," tulis Alif.
Topic Berkaitan
#Alif Satar
#jenazah
#Tanah Suci
#umrah
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan