awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video makan malam bersama Syafiq Kyle tular, Mimi Lana beri penjelasan

Gempak
Gempak
02/12/2023
02:45 MYT
Video makan malam bersama Syafiq Kyle tular, Mimi Lana beri penjelasan
Sekalipun Mimi dan Syafiq tidak jadi naik pelamin, namun, hubungan mereka berada dalam keadaan yang baik.
“SAYA dan Syafiq dalam keadaan yang baik, tetapi kami memilih untuk fokus pada diri masing-masing dan juga kerjaya,” begitulah kenyataan yang dikongsikan oleh aktres Mimi Lana apabila ditanya mengenai video makan malam bersama pelakon Syafiq Kyle yang tular di media sosial dan menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.
Mimi berkata, pertemuan makan malam itu berlaku selepas mereka sama-sama menghadiri acara malam gala filem War On Terror: KL Anarki yang berlangsung di ibu kota baru-baru ini.
“Saya dan Syafiq… macam itu lah. Kita keluar makan selepas kita menghadiri majlis malam gala filem War On Terror: KL Anarki. So, selepas itu kita pergi makan,” katanya ketika ditemui Gempak pada sesi fotografi promosi drama Framed di Damansara, Petaling Jaya pada Jumaat.
Diminta mengulas mengenai perkongsian putus yang dimuat naik di Instagram, Mimi berkata, hantaran merupakan satu perkongsian bersifat umum.
“Posting adalah tentang general. Bila putus cinta benda tu memang sakit. So, saya seorang yang suka menulis daripada dulu lagi. Cuma sometimes, saya hanya ingin berkongsi with everyone tentang rasa putus cinta.
“Because I have been through that. Saya rasa apa yang saya cakap tu mungkin sedikit sebanyak boleh bantu orang di luar sana yang berdepan dengan situasi yang sama,” katanya lagi.
Untuk rekod, Mimi dan Syafiq sepatutnya mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos lalu. Namun, perkahwinan mereka dibatalkan beberapa hari sebelum majlis berlangsung.
Topic Berkaitan
#Mimi Lana
#Syafiq Kyle
#Syafiq Kyle tidak jadi kahwin
#pelakon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan