awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video misteri: Blackpink bakal anjur konsert di Kuala Lumpur?

Isabelle Leong
Isabelle Leong
23/11/2020
08:12 MYT
Video misteri: Blackpink bakal anjur konsert di Kuala Lumpur?
Adakah Blink bersedia untuk 'Blackpink In Your Area' di Kuala Lumpur?
Kumpulan sensasi Korea Selatan Blackpink tampil dengan kejutan pada Isnin apabila memuat naik satu video ‘teaser’ misteri pada laman Twitter dan Instagram rasmi mereka.
Video yang hanya berdurasi 30 saat itu memaparkan imej satelit bandar-bandar di seluruh dunia beserta dengan waktu yang sama (hanya pada zon waktu yang berbeza) untuk setiap bandar.
'Teaser' tersebut yang berlatar belakangkan lagu 'How You Like That' menampilkan bandar-bandar seperti Seoul, Paris, Sydney, Rio de Janeiro, Johannesburg, New York, Los Angeles, Toronto, London, Istanbul, Mexico City dan Amsterdam.
Tidak ketinggalan juga bandar di negara-negara Asia seperti Kuala Lumpur Singapura, Jakarta, Hong Kong, Mumbai, Tokyo, Taipei dan Bangkok.
#BLACKPINK AROUND THE WORLD Coming soon! YouTube: https://t.co/Sepnz8S6gl NAVER TV: https://t.co/gPwO1GvPIp# #AroundTheWorld #Teaser #YG pic.twitter.com/NAi40noxxC
— YG FAMILY (@ygent_official) November 23, 2020
Biarpun tiada perincian lain dan tarikh yang tertera pada video itu, pastinya rata-rata peminat Blackpink di Malaysia begitu teruja apabila Kuala Lumpur juga tersenarai dalam video berkenaan.
Rata-rata Blink Malaysia tentunya menantikan kemunculan kembali Blackpink di Malaysia susulan penampilan mereka di tanah air pada 23 Februari tahun lalu.
Konsert berkenaan merupakan konsert pertama Blackpink yang dianggotai oleh Lisa, Jennie, Rose dan Jisoo di Malaysia.
Ada Blink (nama fandom Blackpink) yang membuat spekulasi bahawa ‘teaser’ yang berkapsyen ‘Blackpink – Around The World’ memberikan bayangan bahawa kuarter itu akan mengadakan sebuah konsert atas talian.
BLACKPINK AROUND THE WORLD I think it would be more than just an online concert with all the clues given But still i can't believe we ain't eating crumbs blinks https://t.co/VxHlCEbzoo
— Blackpink in yow area jenlisa bby (@Srjlb_p) November 23, 2020
Blinks the world over can finally see @BLACKPINK live in concert, even in countries big artists never tour It feels extra special knowing we all get to experience this together! BLACKPINK AROUND THE WORLD https://t.co/VAjoFTrlre
— BLACKPINK (@BehindThePinks4) November 23, 2020
About this BLACKPINK AROUND THE WORLD. They will be having an online concert where Blinks all around the globe will stream/watch at the same time. pic.twitter.com/dos4sPQr7q
— Iris (@LisaSmallHeart) November 23, 2020
Sekiranya spekulasi itu menjadi kenyataan, ia akan menjadi konsert maya pertama kuartet tersebut sejak pengeluaran album mereka pertama berjudul ‘THE ALBUM’.
Walau apa sekalipun, tentunya Blink di seantero dunia tidak sabar menanti pengumuman seterusnya berhubung projek berskala global ini.
Apakah tekaan anda, Blink? Kongsikan keterujaan anda bersama-sama kami!
Topic Berkaitan
#BLACKPINK
#around the world
#Kuala Lumpur
#teaser
#How You Like That
#konsert maya
#konsert atas talian
#Blink
#THE ALBUM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan