ENTERTAINMENT
Vivy Yusof ubat rindu kembali tulis blog, peminat perlu langgan AS$5 sebulan

Selepas 20 tahun, Vivy membuat kejutan dengan kembalinya ke dunia penulisan peribadi melalui blog baharu yang dinamakan 'Sincerely, Vivy'. - Gempak
Nama Vivy Yusof bukan asing lagi dalam dunia keusahawanan dan gaya hidup. Namun, ramai juga mengenalinya sebagai blogger generasi awal menerusi blog popularnya, Proudduck, yang aktif sekitar dua dekad lalu ketika masih menuntut di London School of Economics (LSE).
Ringkasan AI
- Selepas lebih 20 tahun, usahawan terkenal ini melancarkan blog baharu bernama Sincerely, Vivy dengan pendekatan eksklusif yang hanya boleh diakses melalui langganan berbayar.
- Pelanggan blog ini akan menerima akses penuh kepada semua penulisannya, termasuk entry baharu setiap hari Selasa, kod diskaun eksklusif daripada jenama kegemarannya, serta kemaskini perkembangan hidupnya.
- Blog ini menawarkan pengalaman lebih peribadi dan eksklusif kepada peminat setia dan mereka yang mencari inspirasi dari sisi lebih jujur seorang wanita, ibu, dan usahawan dalam era penulisan moden.
Vivy turut membuka sebuah akaun Instagram baru khas untuk blog ini, memberi ruang kepada pengikut yang mahu mengikuti bab baru dalam kehidupannya.
“Terima kasih kerana sudi mengikuti bab baharu dalam hidup saya ini, ke mana sahaja ia akan membawa saya. Saya juga telah membuat keputusan untuk menjadikan Sincerely, Vivy sebagai langganan berbayar,” katanya dalam pengumuman pelancaran blog tersebut.

blog ini hanya boleh diakses oleh pelanggan berbayar, dengan bayaran langganan sebanyak AS$5 sebulan (RM20.99) atau AS$55 setahun (RM230.92).
Bagi mereka yang melanggan, anda bakal menerima akses penuh kepada setiap penulisan Vivy, termasuk entry terbaharu setiap hari Selasa, kod diskaun eksklusif daripada jenama kegemarannya (termasuk miliknya sendiri) dan terawal mengikuti perkembangan hidupnya.
Pendekatan ini dilihat sebagai langkah segar dalam era kandungan digital masa kini, di mana penulisan peribadi diberikan nilai eksklusif untuk pembaca yang benar-benar berminat.
Untuk peminat setia Vivy atau mereka yang mencari inspirasi dari sisi lebih jujur seorang wanita, ibu, usahawan dan individu yang sedang berkembang, Sincerely, Vivy pastinya menjadi ‘jendela’ istimewa ke dalam dunianya yang sebenar. -- Gempak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami