RATU pop Etnik dan penyanyi asal lagi Dikir Puteri, Noraniza Idris meluahkan rasa bangga dan terharunya apabila lagu yang pernah dipopularkan olehnya itu kembali diperkatakan apabila menjadi pilihan peserta program The Voice Thailand, baru-baru ini.
Kata Noraniza kepada Sinar Harian, ia jelas membuktikan bahawa pengaruh Irama Malaysia berjaya meletakkan keyakinan masyarakat luar negara untuk menghargai karya tempatan yang dianggap terbaik dan unik dari Malaysia.
“Tidak sia-sia kita memaparkan elemen Dikir Barat yang divisualkan melalui klip video sebagai mempromosikan kebudayaan memperkenalkan Malaysia dengan lebih dekat.
“Satu kekuatan apabila melihat persembahan mereka benar-benar menghormati dan menghargai konsep lagu tersebut.
“Dari nyanyian, lirik (walaupun sedikit pelat), pakaian, lenggok air dikir barat nyanyian saya, mereka cuba buat dengan sebaiknya ,” ujar Noraniza.
Menurut penyanyi ini lagi, dalam setiap lagu Irama Malaysia yang dinyanyikan, pasti ada satu identiti lenggok nyanyian dari caranya yang tersendiri yang dibentuk.
“Menerusi persembahan tersebut, saya dapat mengesan mereka mengguna pakai cara lenggok saya untuk persembahan lagu tersebut dan bersungguh-sungguh koreograf persembahan mengikut identiti lagu tersebut agar sesuai dengan konsep dikir barat .
“Malah mereka juga tidak malu menggayakan cara orang Kelantan walaupun Thailand juga tidak lari jauh dari sejarah susur galur dengan negeri tersebut, ” luahnya..
Dalam pada itu, Noraniza mengharapkan agar Irama Malaysia tidak dipinggirkan dalam arus kemodenan masyarakat hari ini.
“Lagu itu menjadi tular ketika masyarakat kita seolah menganggap Irama Malaysia tidak lagi berada mengikut standard penerimaan masyarakat pendengar kita sekarang.
“Sepatutnya ia tidak boleh terus dipinggirkan kerana irama ini adalah produk motivasi yang bersifat mendidik jatidiri masyarakat Malaysia, khasnya anak-anak generasi pelapis kita dalam sebuah negara yang pelbagai kaum dan kaya dengan nilai budaya,” kata Noraniza yang cukup terkenal dengan dedikasinya dalam memperjuangkan lagu Irama Malaysia sehingga kini.
Terdahulu, lagu Dikir Puteri menjadi tular selepas peserta duo rancangan realiti TV popular, The Voice Thailand, memilih untuk menyanyikan lagu ini dalam salah satu persembahan mereka.
Video persembahan mereka telah menarik perhatian ramai sehingga ditonton lebih 1.4 juta kali di YouTube dan Facebook sejak dimuat naik 11 Februari lalu.
Sinar Harian
Thu Feb 22 2018
Menurut penyanyi ini lagi, dalam setiap lagu Irama Malaysia yang dinyanyikan, pasti ada satu identiti lenggok nyanyian dari caranya yang tersendiri yang dibentuk. - Foto Sinar Harian
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Budu, wau antara produk didaftarkan khazanah Kelantan
Budu, wau antara produk didaftarkan khazanah Kelantan
Konsert Lefthanded di Stadium Sultan Muhammad IV dibatalkan
Difahamkan pihak penganjur sudah membatalkan konsert itu dan tidak mengumumkan bilakah tarikh lain untuk konsert berkenaan.
10 berita pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 27 April 2020.
Normal baharu: Lagu dikir barat didik masyarakat patuhi PKP - JaPen Kelantan
Bagi memastikan rakyat khususnya masyarakat negeri Kelantan memahami Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Jabatan Penerangan Kelantan memperkenalkan sebuah lagu berkonsepkan Dikir Barat bagi tujuan itu.
Persembahan dikir barat Terengganu lakar nama dalam MBOR
Persembahan yang disertai 2,020 pendikir muda itu berlangsung selama sejam tanpa henti dengan lapan bahasa.
Abe Jali Salam Pantai Timur meninggal dunia
Arwah yang berusia 58 tahun dimasukkan ke hospital itu pada Jumaat lalu selepas mengadu tiada selera makan dan mengalami serangan angin ahmar kali kedua yang menyebabkan mulut dan badannya lumpuh.
Suara nelayan pendikir
Wartawan Marlina Manaf mendekati nelayan empat beradik di Sabak, Kelantan.
Minggu calon sibuk cari 'Downline'!
Wan Syamsul Amly berkongsi pengamatannya mengenai tempoh kempen yang bermula selepas penamaan calon dan akan berakhir pada tengah malam menjelang hari pengundian 5 Mei ini.
Dikir barat jadi medium kempen tarik pengundi di Kelantan
Dikir Barat, persembahan tradisional berbalas pantun dan puisi yang paling digemari masyarakat Melayu di Kelantan.