awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Global Sumud Flotilla hantar misi kemanusiaan terbesar ke Gaza pada 29 Mac
Adibah bawa agenda kerjasama pembacaan ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
NIOSH tawar 3,000 tempat kursus OSH-C percuma kepada PKS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vokalis Bon Jovi pujuk wanita usah teruskan niat terjun jambatan

Agensi
Agensi
12/09/2024
12:00 MYT
Vokalis Bon Jovi pujuk wanita usah teruskan niat terjun jambatan
Bon Jovi sedang menjalani penggambaran video muzik di jambatan tersebut ketika kejadian. - Reuters
NASHVILLE: Bintang rock antarabangsa, Jon Bon Jovi menerima pujian pihak berkuasa apabila berjaya membantu menyelamatkan nyawa seorang wanita di Nashville, Selasa lalu.
Jabatan Polis Metropolitan Nashville berkongsi video yang memaparkan vokalis Bon Jovi itu menghampiri wanita tersebut yang dilihat dalam keadaan sedih, dan berdiri di tebing luar jambatan yang merentasi Sungai Cumberland.
Dalam video berdurasi 52 saat itu, Jon atau nama sebenarnya, John Francis Bongiovi Jr, 62, bersama seorang individu lain, dipercayai pembantu produksinya, berbual dengan wanita itu sebelum membantunya kembali ke bahagian dalam susur jambatan.
"Kita semua bertanggungjawab untuk membantu memastikan satu sama lain selamat," kata Ketua Polis Nashville, John Drake dalam satu kenyataan ringkas.
Menurut sumber, Bon Jovi sedang menjalani penggambaran video muzik di jambatan tersebut ketika kejadian.
Jabatan Bomba Nashville dan Jabatan Polis Nashville bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan, dengan Drake memuji tindakan pantas dan berani penyanyi itu.
Sejurus insiden itu didedah oleh media, selebriti berkenaan menerima kata-kata penghargaan daripada peminat, pengguna media sosial dan juga pihak berkuasa tempatan.
Pihak Bon Jovi bagaimanapun belum memberi sebarang komen berhubung perkara itu.
Topic Berkaitan
#bon jovi
#Jon Bon Jovi
#jambatan
#nashville
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan