Bekas vokalis sebuah kumpulan popular tahun 90an telah ditahan di kediamannya di Keramat, dipercayai positif dadah jenis heroin.

Vokalis berusia 43 tahun telah ditahan bersama seorang wanita berusia 33 tahun yang turut positif dadah jenis Methaphitamine kira-kira pukul 12.30 pagi tadi (Rabu).

Penyanyi popular itu ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 & Seksyen 15(1)(a)Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurut maklumat yang dihantar sumber Astro Gempak, kediaman penyanyi tersebut telah diserbu Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang Jaya sebelum dia ditahan.

Hasil pemeriksaan, satu paket plastik disyaki dadah jenis heroin seberat 1.2 gram telah ditemui di dalam salah sebuah bilik di kediaman penyanyi itu.

Siasatan awal mendapati suspek mengaku terlibat dalam aktiviti penagihan dadah jenis syabu dan heroin sejak 10 tahun lalu.