awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika

Wanita histeria ketika menonton 'Annabelle Creation'

Gempak
Gempak
10/08/2017
04:00 MYT
Wanita histeria ketika menonton 'Annabelle Creation'
Filem Annabelle Creation mengisahkan pasangan suami isteri yang telah kehilangan seorang anak perempuan, Bee, yang maut akibat kemalangan. - Gambar Astro GEMPAK
GEMPAR kisah di sebuah panggung wayang di Kuala Terengganu apabila seorang wanita tiba-tiba meracau ketika sedang menonton filem seram, Annabelle Creation malam tadi.
Malah, wanita itu juga menjerit-jerit kesakitan.
Kejadian yang disedari oleh orang awam itu memaksa pihak pawagam menghentikan tayangan filem itu dan meminta bantuan perubatan.
Filem prekuel Annabelle Creation itu telah memulakan tayangan perdana seluruh Malaysia pada malam tadi dan mendapat reaksi positif daripada penggemar filem seram.
Filem Annabelle Creation mengisahkan pasangan suami isteri yang telah kehilangan seorang anak perempuan, Bee, yang maut akibat kemalangan.
Oleh kerana terlalu obses dengan anak tunggal mereka, perjanjian dengan syaitan telah dibuat untuk membolehkan pasangan itu melihat kehadiran anaknya di rumah.
Dalam perkembangan sama, kisah histeria di pawagam Kuala Terengganu itu bukan seperti yang ditularkan sejak malam tadi.
Hakikatnya, wanita itu hanya mengalami kekejangan otot kerana suhu penghawa dingin yang terlalu sejuk di dalam pawagam.
"Saya tahu situasi sebenar yang berlaku sebab saya duduk di barisan hadapan dia. Kaki dia cramp sebab sejuk air condition, bukan kena rasuk," tulis seorang saksi, Sis Biela di Facebooknya.
Teks oleh: Amri Hassan Sumber: FB Metafora Anafora
Topic Berkaitan
#anak
#Annabelle Creation
#filem
#Kuala Terengganu
#maut
#Sis Biela
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.