awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Nasib bangsa bila rambut ditarik orang' - Syed Ali
Indonesia, AS capai persetujuan perdagangan, Prabowo dijangka meterai perjanjian dengan Trump Jan ini
Belanja RM25,000 hiasi rumah, salji buatan untuk kongsi kegembiraan sambut Krismas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wany Hasrita nafi dakwaan rimas diasak soalan mengenai cahaya mata

Syahdeen Tahir
Syahdeen Tahir
23/02/2023
15:58 MYT
Wany Hasrita nafi dakwaan rimas diasak soalan mengenai cahaya mata
Wany berkata, ia adalah perkara normal dalam masyarakat selepas sesorang individu itu mendirikan rumah tangga. - Gambar/ IG wanyhasrita
KUALA LUMPUR: Penyanyi Wany Hasrita mengakui tidak rimas walau kerap kali diajukan soalan berkaitan kehamilan dan cahaya mata.
Katanya, ia adalah perkara normal dalam masyarakat selepas sesorang individu itu mendirikan rumah tangga.
“Saya faham tanggungjawab masing-masing termasuk pihak media yang sering bertanyakan soalan berkaitan kehamilan dan cahaya mata.
“Apa yang saya boleh katakan ialah, apabila tiba masa yang sesuai, saya akan umumkan perkara itu jika saya hamil.
“Suami saya juga serahkan hal ini kepada saya jika disahkan hamil, dia terbuka dengan perkara ini dan tidak mengongkong.
“Meskipun dia sibuk dengan kerjayanya, Adib tidak putus-putus memberi semangat dan mahu saya lakukan yang terbaik.
“Buat masa ini, tiada apa-apa lagi yang ingin dikongsikan dan saya juga masih sibuk dengan karier seni termasuklah persembahan nyanyian,” katanya ditemui dalam satu majlis perasmian penjenamaan semula sebuah syarikat emas Angsa Emas Jewellery di Petaling Jaya.
Tambahnya, jika diberikan rezeki berbadan dua, Wany berpendapat lebih sesuai untuknya berkongsi berita itu ketika usia kandungan mencecah lebih lima atau enam bulan.
“Saya rasa, usia kandungan ketika lima atau enam bulan adalah waktu yang sesuai untuk dikongsikan.
“Ini kerana pada ketika waktu, keadaan bayi lebih stabil dan sangat sesuai untuk diumumkan.
“Jangan risau, saya akan umumkan jua perkara yang baik ini namun setakat ini tiada apa-apa yang boleh dikongsikan.
“Apa-apa pun saya mohon doa kepada semua pihak termasuk peminat saya, agar mendoakan terbaik buat diri saya," katanya.
Wany Hasrita selamat mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Mohd Al-Adib Fahmi Harun, pada 22 Julai 2022 dengan dua kali lafaz di sebuah premis acara di Damansara Perdana.
Topic Berkaitan
#Wany Hasrita
#kehamilan
#soalan panas
#usia perkahwinan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan