Wartawan Astro AWANI cerita detik cemas Ariana Grande diserbu, dipeluk paksa

Wartawan Astro AWANI, Shafiqa Azami yang berada di lokasi menceritakan detik cemas apabila lelaki itu berada di satu kawasan sebelum insiden.
SINGAPURA: Kecoh apabila seorang lelaki warga Australia didakwa di Mahkamah susulan tindakannya menyerbu dan memeluk penyanyi Amerika Syarikat, Ariana Grande, ketika tayangan perdana filem Wicked: For Good di Resorts World Sentosa, pada Khamis
Wartawan Astro AWANI, Shafiqa Azami, yang berada di lokasi menceritakan detik cemas apabila lelaki itu berada di satu kawasan sebelum insiden.
“Memang cuak, tak sangka boleh jadi depan mata. Semua berlaku dalam detik yang sangat singkat," katanya.
Kata Shafiqa, selepas kejadian itu, beliau sendiri menjerit dan mempersoal lelaki tersebut di mana tag dan mempersoal pengawai keselamatan Singapura untuk mengambil tindakan segera namun pegawai keselamatan mengambil lebih masa untuk mengawal keadaan.
“Pada awalnya saya sangka dia peminat yang ikut teruja menunggu ketibaan Ariana. Bila dia ke depan cuba merangkul Ariana, kami semua tergamam.
“Tapi saya sempat jerit ke wajahnya, 'What you did was disrespectful. Where is your (media) tag? Security, please get him out of here now!' (Apa yang kamu lakukan sangat tidak terhormat. Mana tag media kamu? Pengawal, tolong bawa dia keluar dari sini!',” kongsi Shafiqa.
Meskipun beliau masih terkejut namun dia tidak dapat lupakan pengalaman apabila Ariana memegang pen hitam miliknya untuk turunkan tandatangan selepas melaungkan nama Ariana Grande.
"Saya tak percaya Ariana guna pen saya dan tanda tangan topi.. memang priceless!” ujarnya teruja.
Filem Wicked: For Good kini jadi bualan hangat peminat muzik dan filem di seluruh dunia. Selain dibintangi Cynthia Erivo, pemenang Oscar, Tan Sri Datuk Michelle Yeoh juga merupakan salah seorang aktres yang memerankan watak penting dalam filem itu.
Suspek, Johnson Wen, 26, dilaporkan melompat melepasi penghadang keselamatan sebelum menuju ke arah Grande yang sedang berjalan di karpet kuning bersama barisan pelakon lain.
Kejadian itu dirakam dan tular di media sosial, memperlihatkan pelakon Cynthia Erivo menarik Grande daripada pelukan Wen sebelum pasukan keselamatan campur tangan.
Rata-rata peminat dan hadirin dalam acara itu kesal dengan kejadian berkenaan dan mempertikaikan kecekapan anggota keselamatan yang bertugas.
Ini lebih-lebih lagi terhadap individu seperti Wen yang memang sudah dikenali sebelum ini dengan siri aksinya yang menjengkelkan.
Wen sebelum ini kerap menceroboh ruang privasi selebriti di pelbagai acara karpet merah dan konsert, serta memasuki kawasan padang dalam perlawanan bola sepak.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


