awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Xiumin Exo, Bobby iKON gegar 9Wave Music Festival!

Gempak
Gempak
17/10/2023
15:00 MYT
Xiumin Exo, Bobby iKON gegar 9Wave Music Festival!
Konsert anjuran bersama Skyline Entertainment ini juga menjanjikan malam muzik yang tidak akan dilupakan oleh peminat yang hadir meraikan bintang-bintang tersohor dunia K-Pop. - Gambar Gempak
Dua bintang popular Korea Selatan, Xiumin Exo dan Bobby iKON bakal menggegarkan pentas di Surf Beach Sunway Lagoon menerusi Festival Muzik 9Wave pada 11 November depan.
Kehadiran dua nama besar dunia muzik K-Pop ini juga akan disertai kumpulan gadis sensasi, (G)I-DLE, pemuzik serba boleh, Henry Lau, pemuzik muzik elektro, Shaun dan bintang popular, Hyoyeon dari SNSD.
Dalam satu kenyataan, penganjurnya, Nine XTraw berkata, festival tersebut akan menjadi pentas merayaan muzik dan budaya K-Pop yang mengasyikkan dengan menghimpunkan peminat dari seluruh Malaysia dan negara serantau.
Malah konsert anjuran bersama Skyline Entertainment ini juga menjanjikan malam muzik yang tidak akan dilupakan oleh peminat yang hadir meraikan bintang-bintang tersohor dunia K-Pop.
“Jualan tiket sudah dibuka bermula pada harga RM268 (general) sehingga RM8,888 (VIP duduk). Tiket zon duduk VIP itu dibuka hanya untuk enam pembeli sahaja. Tempat duduk serta jamuan makan disediakan khusus untuk enam pembeli bertuah.
“Dalam pada masa sama, tiket-tiket lain dijual pada harga RM588 (parti), RM788 (wave), RM1,088 (VIP stand) dan RM7,888 (VIP duduk). Kami juga memberikan potongan harga lebih murah berbanding jualan awal terdahulu,” ujarnya.
Untuk maklumat lanjut berhubung festival dan pembelian tiket boleh melayari www.9wavemusicfestival.com dan premier.ticketcharge.com.my. - Gempak
Topic Berkaitan
#jamuan makan
#pembeli bertuah
#K-pop
#gadis sensasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan