PENYANYI Ariff Bahran tidak berjaya melangkah ke konsert akhir Big Stage selepas tersingkir di minggu separuh akhir malam tadi.

Biarpun Bahran menonjolkan prestasi cemerlang membawakan lagu Gerhana dan Mama Papa Larang duet bersama Aepul Roza, nasib tidak menyebelahi Bahran apabila markah undian TikTok yang rendah membuatkan dirinya tersingkir.

"Saya sudah memberikan persembahan 'all out' dan sehabis baik, berbeza berbanding minggu sebelumnya. Saya berpuas hati dengan nyanyian saya pada malam ini menerusi apa yang saya persembahkan dan apa yang saya usahakan.

"Saya tak jangka saya terkeluar, tetapi peserta lain juga memberikan persembahan yang sangat bagus. Ya, saya rasa 'frust' kerana tersingkir tetapi nak buat macam mana.

"Tiada rezeki untuk saya melangkah ke peringkat akhir. Peminat saya juga telah melakukan tugas mereka untuk mengundi menerusi aplikasi TikTok, tetapi mungkin persaingan itu sengit," kata Bahran.

Tambah Bahran, dia juga berterima kasih kepada pihak juri yang sentiasa memberikan komen untuk dia memperbaiki persembahannya saban minggu.

Gave what i could for semi final but i guess luck wasn’t on my side this time. Thank you to everyone supporting me on this amazing journey, couldn’t have made it this far without my fans, family and friends. To my management, to the production team, you guys have given me one of the best experience yang saya nak achieve selama ni, im genuinely sad more because of the relationship i have developed with the crew and other contestants on how much we all grew close throughout the journey. thank you all. u guys know it


"Terima kasih kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir kerana memberikan kritikan membina saban minggu. Walaupun Faizal memberikan saya komen 'straight to the point', saya anggap dia sebagai juri kegemaran saya.

"Saya berusaha untuk mengikut semua nasihat Faizal dan akhirnya saya berpuas hati dengan persembahan di minggu separuh akhir ini.

"Penyanyi terkenal Indonesia, Tulus yang hadir sebagai juri jemputan juga memberikan pujian kepada saya dan itu membuatkan saya terharu. Tidak mengapa, saya reda dengan keputusan ini dan saya terkeluar dengan bermaruah," katanya lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk terus menyaksikan pertarungan bintang muda dalam rancangan realiti Big Stage.

Hanya lima bintang yang masih kekal di Big Stage untuk merebut gelaran juara iaitu Afieq Shazwan, Sarah Suhairi, Shafiq Farhain, Wani Kayrie dan Baby Shima.




Rancangan yang ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh TikTok ini disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Big Stage turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan 'on demand'.

Layari laman web www.bigstage.com.my untuk segala informasi mengenai program ini!