KUALA LUMPUR: Kali terakhir, penyanyi Ziana Zain muncul dengan konsert solo adalah pada tahun 2001 menerusi konsert Ziana Zain In The Park yang diadakan di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur.
Tempoh itu cukup lama, dan pastinya ramai yang merindukan kelincahan Diva Pop Malaysia ini beraksi diatas pentas dengan menyanyikan lagu-lagu hitnya.
Ziana Zain yang mesra dengan panggilan Kak Gee akhirnya merealisasikan impian peminat yang mahu beliau kembali dengan konsert solo selepas 22 tahun.
Menurut pelantun lagu Puncak Kasih itu, beliau sangat bersyukur kerana dapat kembali beraksi untuk menghiburkan peminatnya pada tahun hadapan.
“Gembira, nervous, sedih pun ada, dan bersyukur kerana penantian yang Kak Gee tunggu lama ini alhamdulillah termakbul juga, walaupun dah 20 tahun lebih.
“Kak Gee bersyukur kerana ramai permintaan bukan sahaja daripada peminat malah daripada rakan-rakan wartawan yang rindu nak melihat Kak Gee beraksi dan alhamdulillah dengan sokongan dari semua pihak akhirnya konsert ini dapat diadakan,” katanya semasa sidang media Ziana Zain Konsert 2024.
Bercakap mengenai persiapan konsert yang akan diadakan bebaki lebih kurang lima bulan akan datang, Ziana menyatakan bahawa kesihatan menjadi tumpuan utamanya.
“Perkara pertama adalah kesihatan, kedua adalah stamina, ketiga adalah latihan, keempat kita serahkan kepada stylist kita, tapi apa yang penting adalah kesihatan baru semua boleh jadi,” ujarnya kepada media.
Bicara soal hari kedua jika mendapat sambutan yang memberangsangkan, Ziana mahu lihat bagaimana ia berlangsung dahulu, namun bagi penyanyi berusia 56 tahun itu sekiranya boleh dia mahu memfokuskan kepada satu hari persembahan sahaja.
Konsert yang akan berlansung lebih kurang dua jam setengah itu akan mendapat sentuhan pengarah muzik Aubrey Suwito.
Tiket dijual dengan harga bermula RM288 (Gold),RM488 (PLATINUM), RM688 (DIAMOND),RM888 (VIP2) dan RM1,088 (VIP 1) di laman web www.ticket2u.com.my/Zianazain mulai 15 Disember 2023 jam 10 pagi.
Ziana Zain Konsert 2024 akan berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 25 Mei 2024.
Asyraf Roslan
Thu Dec 14 2023
Ziana Zain yang mesra dengan panggilan Kak Gee akhirnya merealisasikan impian peminat yang mahu dia kembali dengan konsert solo selepas 22 tahun. - Foto Altus Prohouse
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
Raih RM31 juta sejak ditayangkan! Sheriff kini filem no. 1 di Malaysia
Berita gembira ini turut disokong oleh abang Syafiq, Syamsul Yusof yang turut bangga dengan kejayaan naskhah yang dihasilkan adiknya.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
Pemain ragbi meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah
Seorang bekas pemain Sukma Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah pada Ahad.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak
Masih banyak yang perlu dilakukan kerana Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
Ziana Zain giat bersenam di gimnasium, persiap diri untuk konsert solo bulan depan
Ziana Zain mahu memastikan beliau mampu memberikan yang terbaik apabila impiannya itu bakal menjadi kenyataan bulan depan.
Peluang beramah mesra dengan Ziana Zain Sabtu ini
Acara Autograph Session akan diadakan pada 21 April 2024 bermula pukul 3 petang di Centre Court, Sungei Wang Plaza.
Tugas baharu Ziana didik masyarakat rancang kewangan, bebas hutang
Ziana anggap peluang yang diperoleh pada usia 55 tahun sebagai satu penghormatan.
Ziana Zain kembali dengan konsert solo selepas 22 tahun
Menurut pelantun lagu Puncak Kasih Kita, dia sangat bersyukur kerana dapat kembali beraksi untuk menghiburkan peminatnya pada tahun hadapan.
'Kalau tak mahu bela bagilah orang lain' - Ziana Zain terkesan berita penderaan kanak-kanak
Menurut Ziana, dia tidak boleh terima perlakuan ibu berkenaan yang dirasakan seperti tidak masuk akal.
Ziana Zain dedah status janda sering jadi umpatan orang
Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana, 55, mendedahkan, sehingga kini dia masih menjadi bahan umpatan orang.
Ziana tidak fikir jodoh baharu
Lantaran sibuk dengan kerjaya seni, Ziana tidak sempat memikirkan soal mencari pasangan hidup.
"Saya dan kawan-kawan ada perancangan nak..." - Anuar Zain kongsi 'plan' Ramadan
Penyanyi Anuar Zain memberitahu dia dan rakan-rakannya sudah mempunyai perancangan untuk menunaikan solat tarawih di masjid berlainan.
"Seminggu tak tidur lena!" - Ziana, Anuar lega konsert sukses
Berlangsung meriah bermula 9 malam, persembahan kedua-dua adik-beradik popular itu mengukir senyum 2,800 penonton yang hadir.
'Macam tu je dia tarik' - Netizen terpesona dengar suara Ziana Zain nyanyi di kedai makan
Sementara itu, kalangan netizen memuji suara Ziana yang dianggap masih berbisa meskipun sudah meningkat usia.