TOKYO: Kira-kira 1,040 calon bakal bertanding dalam pilihan raya umum yang dijadualkan pada 31 Okt untuk merebut 465 kerusi di Dewan Perwakilan Jepun, dengan kempen bermula pada Selasa, lapor Xinhua, memetik Kyodo News.
Pemimpin parti politik utama memulakan sesi debat pada Isnin petang di Tokyo, dan topik utama yang mungkin difokuskan pengundi adalah tindak balas COVID-19 seperti dasar untuk memulihkan ekonomi domestik yang terjejas teruk akibat pandemik, lapor media tempatan.
Perdana Menteri Fumio Kishida, yang memenangi pemilihan presiden Parti Demokratik Liberal (LDP) pada 29 Sept lepas, dijangka akan menumpukan "bentuk kapitalisme baharu" untuk merealisasikan kitaran positif pertumbuhan ekonomi dan pengagihan semula kekayaan.
Ketua Parti Perlembagaan Demokratik Jepun (CDPJ), Yukio Edano, dijangka akan membidas idea Kishida yang bercadang mengkaji semula kadar cukai keuntungan modal, berkemungkinan untuk menaikan kadar cukai.
Natsuo Yamaguchi dari Komeito, Kazuo Shii (Parti Komunis), Yuichiro Tamaki (Parti Demokratik untuk Rakyat), dan Ichiro Matsui (Parti Inovasi) akan turut serta dalam debat itu.
LDP dan sekutunya Komeito kini mempunyai 305 daripada 465 kerusi di dewan rakyat.
Menurut tinjauan Kyodo News yang dilakukan pada hujung minggu, LDP menerima sokongan 29.6 peratus responden, CDPJ (9.7 peratus) dan Komeito (4.7 peratus) manakala 39.4 peratus lagi responden masih belum pasti parti pilihan mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 18 2021
Menurut tinjauan yang dilakukan pada hujung minggu, LDP menerima sokongan 29.6 peratus responden, CDPJ (9.7 peratus) dan Komeito (4.7 peratus) manakala 39.4 peratus lagi responden masih belum pasti parti pilihan mereka.- AP
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
1,040 calon bakal bertanding dalam pilihan raya umum Jepun
Kira-kira 1,040 calon bakal bertanding dalam pilihan raya umum yang dijadualkan pada 31 Okt untuk merebut 465 kerusi di Dewan Perwakilan Jepun, dengan kempen bermula pada Selasa.
Najib ucap tahniah kepada Shinzo Abe
Abe, 58, yang kali terakhir memimpin Jepun pada 2006 dan meletak jawatan setahun kemudian pada 2007, kemungkinan besar akan dilantik perdana menteri Jepun yang ketujuh
Yoshihiko Noda, letak jawatan pemimpin Parti Demokratik Jepun
Prestasi buruk DPJ kali ini menyaksikan kehilangan lebih separuh kerusi parlimen apabila parti pembangkang Parti Demokratik Liberal menang antara 275 hingga 300 kerusi bagi 480 kerusi dewan rendah.