Sebanyak 1,800 anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah digerakkan di seluruh negara bagi mempertingkatkan pemeriksaan dan pemantauan kawalan harga.
Timbalan Menteri KPDNKK Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata lebih 46 pemeriksaan dibuat anggota penguat kuasa KPDNKK terutamanya pada musim-musim perayaan.
"Sebanyak 766 kes telah dikesan berhubung kenaikan harga barang terutamanya pada musim-musim perayaan seperti Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan sebagainya," katanya menjawab soalan tambahan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Ahmad Bashah berkata kesemua anggota penguat kuasa ini menjalankan tugas dan tanggungjawab bagi memastikan harga kawalan dipatuhi seperti yang ditetapkan kerajaan.
Beliau berkata kerajaan juga telah menjalankan pelbagai operasi seperti Ops Harga serta mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan dan Antipencatutan 2011 terhadap mereka yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang sesuka hati.
Menjawab soalan asal Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (BN-Kota Tinggi), Ahmad Bashah berkata kawalan harga barang basah seperti ayam, daging dan sayuran hanya dilaksanakan pada musim perayaan melalui Skim Kawalan Harga Musim Perayaan.
"Di luar tempoh skim kawalan harga musim perayaan, harga ditentukan melalui faktor permintaan dan penawaran dalam pasaran," jelasnya.
Menjawab soalan lain, Ahmad Bashah berkata KPDNKK akan terus melaksanakan pemeriksaan menyeluruh ke atas semua barangan melalui Ops Harga.
Katanya langkah itu merupakan satu daripada usaha Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup Rakyat bagi mengawal harga barangan.
Menurut beliau, sehingga 23 Sept lepas, sebanyak 1,157,637 pemeriksaan telah dilakukan dan 4,731 tindakan undang-undang telah diambil ke atas peniaga melibatkan rampasan bernilai RM919,693 dan kompaun RM234,400.
Bernama
Mon Nov 17 2014
Sebanyak 1,800 anggota penguatkuasa KPDNKK telah digerakkan di seluruh negara bagi mempertingkatkan pemeriksaan dan pemantauan kawalan harga.
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pemilihan UMNO: Ahmad Bashah buat 'comeback', Mahdzir menang tanpa bertanding
Beberapa nama besar arena politik negeri Kedah membuat penampilan semula bagi merebut jawatan sebagai Ketua Bahagian di dalam Pemilihan UMNO, 18 Mac depan.
Kekalutan politik Kedah
Peristiwa pelantikan dan pergolakan Menteri Besar Kedah tidak pernah berkesudahan.
Ahmad Bashah sedia undur diri dari jawatan Pengerusi UMNO/BN Kedah
Tindakan itu adalah bagi memberi laluan kepada barisan pelapis baharu untuk meneruskan dan mengembalikan kepercayaan rakyat kepada perjuangan BN di Kedah.
PRU14: Kekalkan kerajaan BN untuk teruskan agenda perumahan - PM Najib
Beliau berkata disebab itu, agenda perumahan menjadi keutamaan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya umum ke-14.
'Saya nak tengok banyak mana undi UMNO di Langkawi' - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad mahu melihat tahap sokongan UMNO di Langkawi apabila memutuskan keputusan untuk bertanding di Parlimen berkenaan.
BN Kedah tidak gentar Dr Mahathir bertanding
Barisan Nasional Kedah tidak gentar berdepan Pengerusi pakatan harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan bertanding di Langkawi atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14.
Parlimen dibubar hari ini?
Adakah Parlimen akan dibubarkan hari ini? Ramai dalam kalangan pengamal media meramalkan pembubaran akan diumumkan hari ini.
Kenaikan elaun RM2 sejam kepada sukarelawan
Peningkatan kadar elaun itu sebagai menghargai kesetiaan dan pengorbanan anggota serta pegawai sukarela badan beruniform di seluruh negara.
Piala FA: Presiden KFA mahu laporan kekalahan segera
Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mahu pengurusan KFA melakukan siasatan dan rombakan sekiranya perlu.
'Kedah Pay' mudahkan rakyat buat pembayaran tanpa tunai
Cadangan kerjasama penggunaan teknologi kewangan (fintech) untuk Kerajaan Negeri melibatkan Virlinks Technology Sdn Bhd disokong oleh Finexus Cards Sdn Bhd.