DREBAR
1 juta mata ganjaran AirAsia untuk dimenangi dengan Nissan

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) sedang mengadakan kempen “Millionaire Drive”, iaitu kerjasama baharu dengan AirAsia BIG, program kesetiaan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia.
Melalui kempen ini, 15 orang pelanggan yang membeli dan mendaftarkan kenderaan Nissan mereka pada bulan Oktober berpeluang untuk memenangi daripada 1,000,000 Mata Ganjaran BIG. Pemenang Hadiah Utama akan membawa pulang 300,000 Mata Ganjaran BIG yang bersamaan lima penerbangan pergi balik ke Tokyo, Sydney, Beijing, Seoul atau pelbagai destinasi tempatan.

14 orang pemenang Hadiah Saguhati akan menerima 50,000 Mata Ganjaran BIG bukan sahaja boleh digunakan untuk ke destinasi tempatan, malahan juga bersamaan dengan dua penerbangan pergi balik ke Siem Reap, Yangon, Bangkok atau Chiang Mai. Mata Ganjaran BIG AirAsia adalah sah selama tiga tahun. Penebusan mata ganjaran untuk penerbangan AirAsia adalah berdasarkan kepada jualan penerbangan AirAsia atau AirAsia BIG Fixed Points, di mana pelanggan boleh menebus penerbangan percuma ke destinasi impian mereka dengan mudah.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan ETCM di talian 1800-88-3838.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami