MALAYSIA
10 berita pilihan sepanjang hari ini
10 berita yang menjadi pilihan pengikut Astro AWANI.
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 16 Oktober 2019.
1) Warga Malaysia maut dalam kemalangan bas di Turki
Seorang rakyat Malaysia maut apabila sebuah bas ekspres yang membawa 35 rakyat Malaysia di Turki, terlibat dalam kemalangan jalan raya.
2) Kerajaan akan tubuhkan Majlis Keterangkuman Digital Kebangsaan - Tun Mahathir
Mesyuarat Majlis Pelaksanaan (ICM) Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia Ke-30 pada Rabu mencadangkan penubuhan Majlis Keterangkuman Digital Kebangsaan bagi mewujudkan peluang pendapatan kepada rakyat Malaysia dalam ekonomi digital.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata cadangan tersebut akan dibawa ke Kabinet bagi mendapatkan persetujuan.
3) Kerajaan tanpa DAP, Amanah: Hishammuddin nafi? 'Itu berita baik' - Anwar
Tindakan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan bahawa beliau mewujudkan gerakan untuk menubuhkan Kerajaan tanpa DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) satu berita yang baik.
4) Kerajaan lemah: Jangan jadikan pembangkang 'kambing hitam' – Hishammuddin
Tuduhan kononnya bakal wujud kerajaan baharu tanpa Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP adalah satu tohmahan, sekaligus menjadikan parti pembangkang sebagai 'kambing hitam'.
5) Kes fitnah: Polis akan panggil Najib minggu ini – Huzir
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan diambil keterangan oleh pihak polis dalam minggu ini berhubung isu fitnah yang membabitkan kenyataan 'Nga Kor Ming Super Fans Page' di Facebook yang tular 30 September lalu.
6) Polis kerjasama dengan Interpol cari individu hina PM, IGP di Twitter - Huzir
Polis akan bekerjasama dengan polis antarabangsa (Interpol) bagi mengesan pemilik akaun Twitter Naavin Pillai kerana melakukan penghinaan terhadap Perdana Menteri dan Ketua Polis Negara.
7) Gali semula kubur, bawa pulang jenazah ibu selepas 40 hari kebumi
Gara-gara rindu dan enggan menerima hakikat ibunya telah meninggal dunia, seorang lelaki sanggup menggali semula kubur ibunya itu selepas empat puluh hari dikebumikan.
8) 1 juta pengikut dalam 5 jam, Jennifer Aniston pecah rekod Instagram!
Bintang sitkom Friends, Jennifer Aniston memecahkan rekod mengumpul paling ramai peminat di platform media sosial Instagram dalam tempoh yang singkat.
9) 'Selalunya saya merasmikan acara kraf sebagai TPP, terasa lain sikit hari ini' - Permaisuri Agong
Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli menghadiri majlis perasmian Festival Kesenian, Kebudayaan, Kemahiran dan Keusahawanan Pendidikan Khas Peringkat JPWPKL Tahun 2019 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur hari ini.
10) Runut bunyi Maleficent, 'You Can't Stop The Girl' beri mesej tersendiri
Maleficent: Mistress of Evil!
Sebut sahaja mengenai filem ini sudah pasti ramai yang tidak sabar untuk menonton lakonan hebat Angelina Jolie sebagai Maleficent.