10 berita pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
November 14, 2019 15:54 MYT
10 berita yang paling mendapat tumpuan.
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling mendapat tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 14 November 2019.
1) Denda RM10,000 jika merokok di kedai makan mulai 1 Januari 2020 - Dr Dzulkefly
Tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap perokok yang ingkar akan larangan merokok di semua premis makanan akan bermula 1 Januari 2020.
2) Kajian tambah baik Akta 709 elak salah guna data peribadi - Gobind
Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) akan membuat kajian untuk menambah baik Akta 709 dengan mengambil kira perkembangan ekonomi digital dan kepentingan e-dagang selaras perkembangan semasa dengan amalan terbaik antarabangsa.
3) Kanak-kanak lelaki retak tulang kaki dilanggar kereta ketika bermain
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun retak tulang kaki kiri akibat dilanggar kereta ketika bermain di hadapan rumahnya di Kajang, Selangor, pada Ahad lalu.
4) Biar Kabinet tentukan cuti paterniti tujuh hari - Kula Segaran
Keputusan sama ada untuk melaksanakan cadangan tujuh hari cuti paterniti (cuti bersalin untuk suami menjaga isteri) bagi syarikat swasta hanya akan ditentukan Kabinet selepas mengadakan perbincangan tidak lama lagi, ujar Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran.
5) Saya tidak gentar disiasat IPCMC - Ketua Polis Negara
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata beliau tidak gentar dan sedia disiasat Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) sekiranya beliau terlibat dengan sebarang salah laku.
6) Tanjung Piai Memilih: Kaum Cina tak mudah kena tipu - PM
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yakin penyebaran poster calon Pakatan Harapan (PH) Karmaine Sardini dengan perkataan ‘Buy Muslim First’ tidak akan mempengaruhi pengundi di Tanjung Piai.
7) Lima sebab anda harus naik taraf ke Astro Ultra Box
Astro melancarkan Astro Ultra Box dengan fungsi 4K UHD, Cloud Recording atau Rakaman Awan, paparan baharu serta pelbagai fungsi menarik untuk meningkatkan pengalaman hiburan di rumah sendiri.
8) Kostum inspirasi Peranakan, gaun ilham pantai ke pentas Miss Universe 2019
Jika tahun lalu, Miss Universe Malaysia 2018, Jane Teoh membawa aspirasi Perahu Bangau dan Miss Universe Malaysia 2017 Samantha Kayty menggayakan busana Nasi Lemak, pada tahun ini pula, Shweta Sekhon, 22, akan menggayakan kostum bertema A Peranakan Indulgence (Mendalami Budaya Peranakan) yang diinspirasikan daripada elemen Baba dan Nyonya.
9) Harimau Malaya tumpaskan Gajah Perang
Malaysia berjaya menumpaskan Thailand 2-1 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Khamis malam.
10) 32 maut akibat kekejaman yahudi, dunia digesa beri sokongan kepada Palestin
Masyarakat dunia digesa supaya terus memberikan sokongan terhadap rakyat Palestin susulan serangan terbaharu yang dilakukan rejim Israel sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 32 penduduk Palestin dalam tempoh 48 jam.
#AKta 709 #denda #Jabatan Perlindungan Data Peribadi #kabinet #Kedai makan #Ketua Polis Negara #merokok #paterniti #retak tulang kaki #Tun Dr Mahathir Muhamad