10 berita pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 13, 2020 15:30 MYT
Januari 13, 2020 15:30 MYT
ANTARA pelbagai pilihan berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 13 Januari 2020.
Perkeso Kelantan menyerahkan sumbangan serta faedah caruman kepada balu bekas jurulatih Kento Momota, Mohamad Izuan Ibrahim yang meninggal dunia pada 23 Disember lepas.
Yusaku Maezawa kini mencari teman wanita untuk menemani perjalanannya mengelilingi bulan, sekali gus menjadi subjek sebuah program dokumentari terbaharu.
Seorang peguam didakwa menjadi dalang satu komplot jenayah dengan terlibat mencipta dan mengedar bahan untuk mencemar reputasi peribadi Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya.
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau telah dimaklumkan berkenaan penahanan beberapa individu termasuk beberapa pegawai yang didakwa dari kementeriannya oleh pihak polis.
ADUN Dengkil, Adhif Syan Abdullah menafikan dakwaan beliau ditangkap polis selepas didapati positif dadah dalam satu serbuan di pusat hiburan sekitar Damansara, Petaling Jaya, awal pagi Isnin.
Kemalangan melibatkan pemain badminton nombor satu dunia Kento Momota, 26 tahun, dan tiga pegawai sukan dari Persatuan Badminton Jepun (Japan BA) dan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Tun Dr Mahathir Moahamd akan mengkaji dahulu mengapa permasalahan itu timbul sebelum dapat membuat sebarang keputusan mengenainya.
Vigneswaran baru-baru ini menghadiri Persidangan Speaker dan Pegawai Dewan Negara-Negara Komanwel ke-25 yang berlangsung di Ottawa, Kanada.
Bekas suami artis terkenal, Bella Astilah itu mengeluarkan kata-kata kesat dan seakan mahu mengeluarkan alat sulitnya untuk ditunjukkan kepada orang ramai.
Pelakon Noralbaniah mendedahkan fotonya yang memakai baju seragam seorang tukang cuci telah menjadi kecoh dalam kalangan kenalannya.