[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
MALAYSIA

10 berita pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 15/01/2020 | 15:25 MYT
10 berita pilihan sepanjang hari ini di Astro AWANI.
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 15 Januari 2020.
1) Mustapa Mohamed dilantik Pengerusi Teraju
Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed dilantik sebagai Pengerusi Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) untuk tempoh dua tahun.
2) Isu kekurangan vaksin influenza tidak dijangka
Isu kekurangan vaksin influenza tidak dijangka dan ia berlaku bukan sahaja di Hospital Pakar KPJ Tawakkal Kuala Lumpur tetapi kebanyakan hospital lain di negara ini.
3) Perayaan kebudayaan harus diraikan semua lapisan masyarakat - Jemaah Menteri
Jemaah Menteri sebulat suara bersetuju bahawa perayaan kebudayaan harus diraikan oleh semua lapisan masyarakat Malaysia.
4) Ibu pesilat negara maut kemalangan
Ibu kepada pesilat negara, Mohd Taqiyuddin Hamid maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 90 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur dekat Maran hari ini.
5) Jakim tidak pernah haramkan sebarang perayaan atau pesta - Mujahid
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak pernah mengharamkan apa-apa perayaan namun akan memberikan pendapat mengenai etika yang perlu dipatuhi umat Islam yang menghadiri sesuatu perayaan jika diminta, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.
6) Dong Jiao Zong akui pembelajaran tulisan Jawi bukan bermotif Islamisasi - Mujahid
Pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong) hari ini bersetuju pelaksanaan pembelajaran tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) bukan bertujuan untuk mengislamkan mana-mana pelajar bukan Islam.
7) Paras air dua empangan di Pulau Pinang kritikal
Paras air mentah di dua empangan utama di Pulau Pinang kini berada pada paras kritikal ekoran musim kemarau yang melanda.
8) Lelaki warga emas ditemui meninggal dunia, terkunci dalam rumah
Seorang lelaki warga emas, Zulkifle Kassim, 66, di Jalan Lumpur, dekat Alor Setar ditemui mati di dalam rumahnya.
9) Empat pekerja melecur akibat letupan di kilang
Empat pekerja sebuah kilang elektrik di Persiaran Jubli, Seksyen 22, Shah Alam, Selangor, mengalami kecederaan selepas satu letupan berlaku pada premis tersebut, pada petang Rabu.
10) Angkasawan wanita cipta sejarah tawan 'ruang angkasa'
Sejarah tercipta apabila ruang angkasa bakal didominasi dua angkasawan wanita. Jessica Meir dan Christina Koch dijadualkan berlepas untuk menggantikan bateri pada panel solar di bahagian luar Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
#Astro Awani #berita antarabangsa #berita dalam negara #berita pilihan