MALAYSIA
10 berita pilihan sepanjang hari ini
10 berita pilihan sepanjang hari ini di Astro AWANI.
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 25 Januari 2020.
1) Kes pertama koronavirus di Malaysia, tiga warga China kini dirawat di Hospital Sungai Buloh
Kementerian Kesihatan mengesahkan tiga warga China yang memasuki Malaysia melalui Johor disahkan positif koronavirus (2019-nCoV).
2) Koronavirus: Seorang rakyat Malaysia diasingkan di HKL
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan seorang rakyat negara ini yang baru pulang dari China sedang diasingkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemantauan lanjut bagi pengesanan wabak koronavirus.
3) "Mohonlah pada Allah selamatkan Malaysia" - Mufti Wilayah saran tunai solat hajat bendung koronavirus
Masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negara disarankan untuk mengadakan solat hajat bagi memohon perlindungan daripada Allah untuk selamat Malaysia daripada gejala koronavirus.
4) Koronavirus: Tiada rancangan halang kemasukan rakyat China buat masa ini - Tun M
Kerajaan tidak akan mengkaji semula pemberian visa 15 hari kepada rakyat China walaupun timbul kebimbangan mereka turut terjangkit dengan koronavirus atau 2019-nCoV, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
5) Koronavirus kini di Malaysia: Apa yang kita tahu?
Malaysia kini menjadi negara ke-14 yang merekodkan jangkitan koronavirus. Jangkitan itu kini telah menyebabkan 41 kematian dengan lebih 1,287 kes jangkitan direkodkan di China setakat ini.
6) Tak demam, tak sakit tapi bawa virus? Ya memang ada - Pakar
Wujud persoalan dalam kalangan netizen di media sosial, benarkah ada pembawa virus tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala seperti demam, batuk, selesema dan sakit kepala.
7) Cara jangkitan novel koronavirus belum jelas - KP Kesihatan
Cara jangkitan novel koronavirus (2019-nCoV) belum diketahui dengan jelas, meskipun kes yang dikesan setakat ini mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk dan kesukaran untuk bernafas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
8) Koronavirus: 1,287 kes di China, jumlah kematian meningkat kepada 41
Suruhanjaya Kesihatan Nasional China melaporkan peningkatan kes positif koronavirus kepada 1,287 kes, dengan jumlah kematian tercatat sebanyak 41.
9) Koronavirus: Pesakit di China pulih guna dos Nelfinavir
Suruhanjaya Kesihatan Bandaraya Shanghai mengesahkan bahawa seorang pesakit yang dijangkiti koronavirus telah pulih dan telah dikeluarkan daripada hospital.
10) Koronavirus: Hong Kong isytihar darurat
Hong Kong kini diisytiharkan sebagai darurat susulan penularan koronavirus, sekali gus meningkatkan tahap respond daripada serius kepada peringkat tertinggi.

#Astro Awani
#berita pilihan
#berita pilihan astro awani
#China
#coronavirus
#koronavirus
#virus Wuhan
#Wuhan