ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 1 Mei 2020.
PERKEMBANGAN ISU COVID-19
1) COVID-19: Malaysia catat kematian ke-103, 69 kes baharu direkod
Satu lagi kematian akibat wabak COVID-19 di negara ini dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 103, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
2) COVID-19: Thailand catat enam kes baharu dengan kematian sifar
Thailand pada Jumaat mengesahkan enam kes baharu COVID-19 dan kematian sifar, yang menyaksikan negara itu mencatat angka satu digit selama lima hari berturut-turut bagi jangkitan virus tersebut, menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini ialah 2,960 dengan 54 kematian.
3) COVID-19 : Singapura catat 932 kes baharu, jumlah kes lebih 17,000
Singapura pada Jumaat mengesahkan 932 lagi kes baharu jangkitan COVID-1 termasuk lima kes melibatkan warga tempatan atau penduduk tetap negara itu.
4) COVID-19: Gunting rambut percuma, penghargaan buat petugas barisan hadapan
Di Thailand, seorang pendandan rambut membangkitkan semangat kepada petugas kesihatan di Bangkok dengan memberikan perkhidmatan memotong rambut secara percuma di hospital kepada mereka.
5) COVID-19: Ribuan kubur digali, Brazil sedia berdepan lebih banyak kematian
Lebih dari 13,000 kubur digali di Tanah Perkuburan Vila Formosa ketika negara itu bersedia berdepan dengan lebih banyak kematian akibat COVID-19, yang telah membunuh ratusan ribu orang di seluruh dunia.
NORMAL BAHARU:
6) Hari Pekerja dalam keadaan normal baharu
Hari ini tenaga kerja Malaysia meraikan sambutan Hari Pekerja dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dengan suasana berbeza selepas menempuhi pelbagai cabaran berikutan pandemik COVID-19.
7) Normal Baharu PKS: Jangan ghairah kaut keuntungan sampai lupa kesihatan pekerja
Sektor perniagaan diminta untuk tidak terlalu ghairah dalam memulakan semula perniagaan, dan memikirkan keuntungan semata-mata, sebaliknya mereka perlu mengutamakan kesihatan pekerja.
8) PKPB: Ini senarai normal baharu untuk kita amalkan
Pemberdayaan masyarakat atau ‘community empowerment’ dan ketahanan masyarakat atau ‘community resilience’ perlu menjadi teras dalam kalangan rakyat ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan bermula 4 Mei ini.
9) PKPB: SOP pembukaan semula ekonomi sektor pelbagai dan perkhidmatan
Sektor pelbagai dan sektor perkhidmatan antara sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi bermula 4 Mei ini. Bagi sektor pelbagai, ia meliputi kemudahan penginapan berpusat pekerja (CLQ); hostel atau asrama pekerja di sektor pembuatan dan lain-lain sektor.
10) PKPB: Polis atur semula lokasi sekatan jalan raya - KPN
Sebahagian lokasi sekatan jalan raya di seluruh negara akan diatur semula ke lokasi lebih strategik, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.