awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 cedera, 2 kritikal bot pelancong bertembung dengan bot nelayan

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
01/02/2022
04:26 MYT
10 cedera, 2 kritikal bot pelancong bertembung dengan bot nelayan
Bot pelancong berkenaan berlepas dari jeti Pulau Perhentian sekitar jam 2.30 petang. - Astro AWANI
BESUT: 10 individu cedera selepas bot yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bot nelayan tempatan.
Kejadian berlaku di muara Sungai Besut, jeti pelancongan Kuala Besut kira-kira jam 3.30 petang pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata terdahulu bot pelancong berkenaan berlepas dari jeti Pulau Perhentian sekitar jam 2.30 petang.
Bagaimanapun sejurus tiba dilokasi kejadian bot yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bot nelayan.
Insiden itu telah menyebabkan dua daripadanya kritikal dan lapan separa kritikal manakala 21 yang lain terselamat.
BACA: Bot pelancong dan bot nelayan bertembung, 10 cedera
Katanya kesemua mangsa yang cedera telah dirujuk ke Hospital Besut untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata susulan kejadian itu seramai 21 pasukan penyelamat terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berserta orang awam terlibat dalam operasi menyelamat mangsa.
Katanya kes dirujuk kepada Jabatan Laut untuk tindakan mengikut Seksyen 474(1) dan 361(1) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 serta kaedah 3(1) Peraturan Bot.
Topic Berkaitan
#bot bertembung
#bot pelancong
#bot nelayan
#cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan