awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 guru antara 31 individu cedera disengat tebuan tanah

Bernama
Bernama
09/09/2023
11:26 MYT
10 guru antara 31 individu cedera disengat tebuan tanah
Seramai 21 pelajar sebuah sekolah menengah dan 10 guru pengiring cedera akibat disengat tebuan tanah ketika melakukan aktiviti mendaki di sebuah pusat peranginan di Sungai Lepoh, Hulu Langat. - Foto APM
KUALA LUMPUR: Seramai 21 pelajar sebuah sekolah menengah dan 10 guru pengiring cedera akibat disengat tebuan tanah ketika melakukan aktiviti mendaki di sebuah pusat peranginan di Sungai Lepoh, Hulu Langat di sini hari ini.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) berkata dalam kejadian pada 1.50 tengah hari itu, enam pelajar dikejarkan ke Hospital Ampang sementara 25 lagi termasuk 10 guru pengiring dihantar ke Klinik Kesihatan Batu 14 Hulu Langat bagi mendapat rawatan susulan.
"Enam pelajar yang dikejarkan ke Hospital Ampang ditempatkan di zon merah dan zon kuning. Keadaan mereka dilaporkan stabil, semua yang terlibat terlebih dahulu menerima rawatan awal di lokasi kejadian daripada anggota paramedik APM, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut jurucakap berkenaan, sebanyak 133 pelajar dan 10 guru pengiring daripada sebuah sekolah menengah di Shah Alam berada di rumah peranginan berkenaan bagi program kem kepimpinan sejak semalam dan dijadualkan tamat esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#guru
#pelajar
#disengat
#tebuan tanah
#angkatan pertahanan awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan