awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 individu terlibat penyeludupan migran ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
19/01/2024
03:50 MYT
10 individu terlibat penyeludupan migran ditahan
Bot, kereta dan wang tunai serta telefon yang dirampas. - Foto IPD Pontian
PONTIAN: Seramai 10 individu ditahan di sini pada Rabu kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan migran.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, lima daripada individu berkenaan melibatkan dua tekong laut, dua tekong darat dan seorang transporter.
Menurutnya, polis turut menahan lima migran yang cuba keluar masuk ke Malaysia menerusi jalan yang tidak diwartakan.
"Pada jam 11.15, Rabu lalu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Daerah Pontian bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Dua (Kukup) telah menahan dua tekong laut, dua tekong darat dan seorang transpoter dipercayai terlibat dalam aktiviti berkenaan.
"Selain menahan 10 individu tersebut, polis turut merampas sebuah kereta dan bot dipercayai digunakan sebagai pengangkutan dalam aktiviti (penyeludupan), tersebut," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 26A Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Kes juga disiasat di bawah Seksyen 26J Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih (5) tahun dan juga boleh dikenakan denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Kes turut disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada (3) bulan dan tidak melebihi (2) tahun dan sebat tidak kurang dari (3) sebatan jika sabit kesalahan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penyeludupan
#migran
#Mohammad Shofee Tayib
#tekong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan