Sebanyak 10 kes baharu keracunan alkohol dilaporkan di fasiliti-fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia, iaitu tujuh di Selangor dan masing-masing satu di Kuala Lumpur, Perak dan Negeri Sembilan, sehingga tengah hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes keracunan alkohol adalah 86 kes iaitu 62 kes di Selangor; Kuala Lumpur (16); Perak (tujuh) dan Negeri Sembilan (satu).
"Tiada penambahan kematian keracunan metanol (alkohol) yang dilaporkan dan jumlah keseluruhan kematian akibat keracunan metanol adalah kekal 29 kes iaitu 18 kes di Selangor, sembilan kes di Kuala Lumpur dan dua kes di Perak," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Katanya sebanyak 41 pesakit akibat keracunan alkohol masih menerima rawatan di 11 hospital di semua negeri yang terbabit, yang mana daripada jumlah tersebut sebanyak 16 pesakit masih kritikal.
Pada masa sama, katanya 57 kes keracunan alkohol yang tidak melibatkan kematian dicatatkan membabitkan 25 warga Nepal, 11 Myanmar, sembilan Bangladesh, sembilan rakyat Malaysia, dua India dan satu Indonesia.
Dr Noor Hisham berkata setakat hari ini, sebanyak 402 premis yang menjual arak telah diperiksa dan pihaknya menyita 1,471 botol minuman beralkohol pelbagai jenama yang tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985.
Beliau berkata Seksyen 13 Akta Makanan 1983 menetapkan bahawa mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
Mereka yang mempunyai gejala keracunan metanol seperti sakit perut, loya, muntah, sakit kepala, kabur penglihatan dalam tempoh lima hari pengambilan minuman beralkohol perlu segera mendapatkan rawatan di mana-mana klinik atau hospital.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 22 2018
Noor Hisham Abdullah berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes keracunan alkohol adalah 86 kes iaitu 62 kes di Selangor; Kuala Lumpur (16); Perak (tujuh) dan Negeri Sembilan (satu). - gambar fail
Gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus, tertinggi dalam sejarah
Kenaikan itu adalah yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara berbanding kenaikan 13 peratus sebelum ini.
AWANI Ringkas: Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada pekerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
11 ditahan terlibat tawaran kerja palsu, pelaburan tidak wujud di Johor Bahru
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita warga asing serta dua lelaki tempatan berusia 28 hingga 45 tahun.
Pengasas bursa dagangan kriptowang terbesar Binance dihukum penjara
Binance diarah membayar denda $4.3 bilion, sementara Changpeng Zhao sendiri dikenakan denda sebanyak $50 juta.
Sifar sekolah daif menjelang 2029, landskap baharu pendidikan Sabah
Sembilan fokus strategik digariskan bagi merealisasikan hasrat itu, dengan satu daripadanya berkaitan komitmen mensifarkan sekolah daif
Marrybrown tembusi pasaran Kemboja, Uzbekistan tahun ini
Pembukaan cawangan di dua negara itu merupakan bukti kepada imej dan jenama Marrybrown semakin dikenali di pasaran antarabangsa.
Masih ada majikan culas laksana perintah gaji minimum - MTUC
MTUC sentiasa menggesa kerajaan supaya lebih agresif dalam mengenal pasti majikan yang masih berdegil.
Budak tiga tahun boleh 'mengaum' seperti singa
Gelagat video Riley Kay Scott yang dimuat naik dalam platform X oleh ibunya mencetuskan pelbagai komen lucu.
Niaga AWANI: Meneliti dinamika ekosistem pekerjaan di era teknologi
Teknologi pesat ketika ini memerlukan sektor buruh di negara ini beradaptasi, dan tidak menjadikannya sebagai halangan dalam meningkatkan produktiviti.
Lebih 3,000 rai sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan
Suasana meriah di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sempena sambutan Hari Pekerja 2024.
Pegawai penguatkuasa ditahan minta suapan RM8,000
Kedua-dua individu itu disyaki meminta RM8,000 sebagai balasan meringankan hukuman di atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.
Kemboja larang jual, minum alkohol semasa pilihan raya umum
Ia bertujuan mencegah gangguan sosial dan memastikan pilihan raya berjalan dalam suasana bebas dan adil tanpa keganasan dan intimidasi.
21 maut akibat keracunan minuman keras
Mereka didakwa menelan sejenis minuman keras alkohol yang dipercayai mengandungi racun.
Enam maut dirempuh trak ketika pesta barbeku
Tujuh lagi individu masih menerima rawatan di hospital, termasuk seorang berada dalam keadaan kritikal.
Pekerja kilang maut dilanggar pacuan empat roda
Siasatan polis juga mengesyaki pemandu kenderaan itu memandu di bawah pengaruh alkohol.
Lelaki bawa parang ke balai nak tetak polis
Hasil siasatan lanjut mendapati, suspek disyaki di bawah pengaruh alkohol dengan bau arak yang sangat kuat.
Tujuh lelaki ditahan dalam Op Samseng Jalanan
Kesemua individu ditahan dibawa ke BSPT IPD Seremban untuk tindakan lanjut.
Parti liar caj RM150 untuk 3 jam, 18 individu termasuk empat wanita asing ditahan
Polis menahan 18 individu termasuk empat wanita warga asing ketika sedang asyik mengadakan parti liar di sebuah kondominium di Jalan Metro Prima Barat, awal pagi Rabu.
Padah ingkar SOP, pusat hiburan, pelanggan dikompaun RM120,000
Padah berdegil untuk berhibur, pekerja sebuah pusat hiburan di Pulau Pinang dan 19 pelanggan dikompaun polis dengan nilai keseluruhan berjumlah RM120, 000.
Op Mabuk: Polis tahan dua lelaki memandu di bawah pengaruh alkohol
Pemeriksaan mendapati kedua-duanya berada di bawah pengaruh alkohol yang melebihi had ditetapkan.