PUTRAJAYA: Sebanyak 10 kluster baharu dikesan dengan lapan daripadanya melibatkan kluster tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, empat kluster daripadanya dikesan di Selangor, Johor (dua), masing-masing satu di Sabah, Pulau Pinang, Kelantan dan Perak.

"Sementara itu, 16 kluster ditamatkan, menjadikan kesemua 628 kluster ditamatkan setakat ini," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.

Berikut adalah kluster yang ditamatkan hari ini: 

Noor Hisham turut memaklumkan, 493 kluster lagi masih lagi aktif dan setakat ini sejumlah 1,121 kluster direkodkan di Malaysia.