KUALA LUMPUR: Seramai 10 orang maut dalam nahas dua buah helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut, pagi ini. 

Kedua-dua helikopter yang bertembung di udara dan terhempas di itu dilaporkan sedang menjalani Latihan raptai bersempena lintas hormat sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini.

Berdasarkan laporan, dua helikopter yang terdiri model HOM dan Fennec telah berlepas dari Padang Sitiawan pada 9.03 pagi, pada Selasa.

Bagaimanapun, berlaku pelanggaran di udara sebelum masing-masing terhempas di tangga Stadium Pangkalan TLDM dan berdekatan kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

Menurut laporan awal, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, seramai 10 mangsa terlibat yang maut dalam nahas itu.

Ketika ini pihak bomba masih dalam proses mengeluarkan beberapa mangsa yang terlibat daripada kedua-dua helikopter berkenaan.

Astro AWANI akan membawa perkembangan terkini laporan kemalangan ini dari semasa ke semasa.


[TERKINI] Tiga disahkan maut helikopter bertembung di Lumut