awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Klinik kecantikan haram diserbu, 15 warga asing ditahan salah guna PLS
Penemuan enam rangka: Dua beradik didakwa bunuh seorang mangsa
Dua pesawat bergesel di Lapangan Terbang Mumbai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 pelajar lelaki lari asrama sekolah akhlak direman tiga hari

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
20/09/2018
11:18 MYT
10 pelajar lelaki lari asrama sekolah akhlak direman tiga hari
Pelajar terbabit berjaya ditahan semula petang semalam selepas polis menemui mereka di dalam kawasan semak di Kampung Sungai Durian kira-kira 2 kilometer dari asrama. - Foto Astro AWANI
10 pelajar lelaki dari Asrama Akhlak Gajah Mati, Pokok Sena yang melarikan diri dari asrama semalam direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 23 September ini.
Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Alor Setar, Jamaludin Elias.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, kesemua mereka akan disiasat mengikut seksyen 223/224 Kanun Keseksaan.
BACA: 10 pelajar asrama akhlak lolos ditangkap dalam keadaan lemah dan lapar
Pelajar terbabit berjaya ditahan semula petang semalam selepas polis menemui mereka di dalam kawasan semak di Kampung Sungai Durian kira-kira dua kilometer dari asrama mereka.
Orang awam yang ternampak kelibat pelajar terbabit di kawasan semak menimbulkan curiga lalu dimaklumkan kepada balai polis Pokok Sena.
10 pelajar lelaki terbabit melarikan diri antara jam 5.30 petang hingga 9.00 malam Selasa.
Kehilangan mereka disedari pembantu pegawai pembangunan masyarakat yang ketika itu sedang melakukan rondaan.
Kesemua mereka melarikan diri melalui pintu pagar bahagian belakang asrama dengan cara mengumpil pintu dan memotong pagar.
Pelajar terbabit kemudiannya ditahan di pusat itu atas pelbagai kesalahan jenayah dan mereka masih di bawah umur.
Topic Berkaitan
#Alor Setar
#asrama akhlak
#lelaki
#mahkamah
#Mahkamah Majistret
#polis
#reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan