awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 penuntut kursus tempur alami strok haba, seorang maut

Sinar Harian
Sinar Harian
16/10/2023
01:50 MYT
10 penuntut kursus tempur alami strok haba, seorang maut
Allahyarham Leftenan Muda Emil Syahid Iskandar maut ketika menjalani kursus di lapang sasar Kem Pulada. - Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Seramai 10 penuntut yang menjalani kursus tempur pegawai muda di lapang sasar Kem Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada) Kota Tinggi, pada Jumaat dipercayai mengalami simptom strok haba.
Exco Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Katanya, tiga daripada penuntut tersebut dilaporkan menerima rawatan rapi di Hospital Sultan Ismail (HSI) manakala tujuh peserta dihantar ke Hospital Kota Tinggi (HKT).
"Salah seorang penuntut yang menerima rawatan rapi di HSI telah meninggal dunia pada Sabtu.
"Saya mewakili kerajaan Johor mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Leftenan Muda Emil Syahid Iskandar, 24," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Menurut Tian Soon, keadaan dua lagi penuntut yang dirawat di HSI dan HKT dilaporkan stabil.
Difahamkan, kejadian berlaku di lapang sasar Pulada antara jam 5.30 hingga 6 petang.
Segelintir daripada mereka dikatakan mengalami simptom strok haba termasuk pengsan.
Jenazah Allahyarham Leftenan Muda Emil Syahid Iskandar, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Tasik Puteri, Rawang pada Ahad. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penuntut kursus tempur maut
#strok haba
#kursus tempur pegawai muda
#lapang sasar Kem Pulada
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan