awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

100 hari pentadbiran Anwar tidak gambarkan kegagalan mahupun kejayaan - MP Kota Belud

Astro Awani
Astro Awani
26/02/2023
06:12 MYT
100 hari pentadbiran Anwar tidak gambarkan kegagalan mahupun kejayaan - MP Kota Belud
Jelas Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis berkata, adalah satu yang tidak adil untuk menilai pencapaian Kerajaan Perpaduan dalam tempoh tersebut.
KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menggambarkan kegagalan mahupun kejayaan dalam tempoh 100 hari pemerintahan.
Malah, jelas Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis berkata, adalah satu yang tidak adil untuk menilai pencapaian Kerajaan Perpaduan dalam tempoh tersebut.
Melangkah ke hadapan, beliau merasakan kerajaan dan barisan kabinet memberi fokus kepada agenda pembangunan negara sekali gus membina semula Malaysia di landasan yang betul.
"Pada saya 100 hari tidak menggambarkan kegagalan mahupun kejayaan kerana prestasi itu tidak boleh dinilai dalam tempoh 100 hari sahaja. Ada yang kata perlahan dan kenyataan itu tidak adil.
"Sebagai wakil rakyat dan juga rakyat Malaysia kita juga mahu lihat (Kerajaan Perpaduan) membangunkan ekonomi dan negara kita di tempat yang betul. Cukup-cukup lah kita berpolitik sahaja," katanya kepada Astro AWANI baru-baru ini.
Selain itu, wakil rakyat daripada Parti Warisan (Warisan) itu juga mahu Kerajaan Perpaduan dan Anwar melaksana serta mengotakan usaha mengembalikan hak-hak yang terhakis dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Beliau yang lantang menyuarakan mengenai MA63 di Parlimen berpandangan, usaha itu merupakan harapan besar rakyat Sabah kepada kerajaan sekarang.
"Kita mahu lihat kali ini Perdana Menteri yang mahu melaksana MA63 (menyelesaikannya). Ini adalah harapan besar kita sebagai orang Sabah.
"Bukan itu saja, rakyat juga mahu melihat perancangan kerajaan kepada ekonomi, pembangunan ekonomi, membina semula negara dan akhirnya tidak ketinggalan Sabah dan Sarawak," katanya.
Topic Berkaitan
#Kerajaan Perpaduan
#Munirah Majilis
#Sabah dan Sarawak
#Perjanjian Malaysia 1963
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan