PASIR GUDANG: Lebih 10,000 penduduk berdepan ancaman penyakit tuberculosis atau tibi berikutan kediaman mereka di Flat Tasek 64, Bandar Seri Alam di sini dikenal pasti sebagai antara hotspot penyakit itu di negeri ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Liow Cai Tung berkata, perkembangan itu membimbangkan lebih-lebih lagi lapan kes tibi dicatatkan dengan satu kematian di flat berkenaan tahun lalu.
"Flat ini dihuni oleh penduduk tempatan termasuk komuniti Sabah dan Sarawak yang berhijrah ke negeri ini selain warga asing.
"Kegagalan sesetengah penduduk yang tidak membuat saringan lebih awal mengakibatkan penularan penyakit itu terutama membabitkan ahli keluarga masing-masing.
"Kes tibi menular sekiranya mereka tidak menjalani saringan mahupun mendapatkan rawatan pada masa yang tepat serta sesuai," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Karnival Kesihatan anjuran Unit Tibi Klinik Kesihatan Masai di Dewan Tasek 64, Flat Tasek 64 di sini pada Isnin.
Turut hadir Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Pegawai Kesihatan Daerah Johor Bahru, Dr Haidar Rizal Toha.
Cai Tung berkata, kediaman berkenaan merupakan antara flat yang memiliki penduduk paling ramai dan padat menempatkan 22 blok.
Beliau berharap, kesedaran berkaitan penyakit tibi ini dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Menurutnya, karnival berkenaan merupakan satu usaha dalam mencegah penularan penyakit tersebut yang dengan pengisian antaranya gotong-royong, zumba, ceramah kesihatan, perkongsian bekas pesakit tibi, pemeriksaan kesihatan, pertandingan mewarna.
Cai Tung berkata, inisiatif penganjuran karnival itu memberi peluang kepada penduduk flat Tasek 64 membuat saringan kesihatan termasuk X-ray dengan percuma.
"Usaha kakitangan Klilik Kesihatan Masai turun padang bagi menjalankan karnival berkenaan selama sehari diharap dapat mempertingkatkan kesedaran ramai berkaitan tibi serta bertindak lebih awal sebelum terlewat," ujarnya.
Sementara itu, Haidar berkata, batuk berpandangan, demam, berpeluh, kurang selera makan dan susut berat badan merupakan antara simptom penyakit berkenaan.
"Mereka yang ada simptom ini perlu menjalani pemeriksaan kesihatan," menurut beliau yang mahukan penduduk mengambil serius gesaan tersebut. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Mar 11 2024
Batuk berpandangan, demam, berpeluh, kurang selera makan dan susut berat badan merupakan antara simptom penyakit berkenaan. - Gambar hiasan
Persefahaman rakan gabungan: PM yakin untuk terus laksanakan pembaharuan
Semua parti di bawah gabungan itu terus berusaha melakukan pembaharuan, terutama dalam memastikan kesejahteraan rakyat.
30 CEO TVET swasta Malaysia adakan lawatan ke China
Menerusi lawatan berkenaan kesemua institusi TVET tempatan akan menandatangani MoU dengan lima buah institusi TVET China.
Lawatan Anwar ke Qatar berjaya jana potensi eksport bernilai RM700 juta - Tengku Zafrul
Komitmen eksport itu diterima daripada pelbagai pemimpin utama industri Qatar semasa mesyuarat meja bulat perniagaan.
Pemimpin utama industri Qatar hadiri mesyuarat meja bulat dengan PM Anwar
Syarikat yang menghadiri pertemuan meja bulat itu kebanyakannya daripada sektor perkhidmatan, pembuatan serta pelaburan.
LKIM cadang bina slipway di Labuan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bercadang membina satu lagi 'slipway' di Kompleks LKIM Labuan bagi mengatasi masalah kesukaran membaiki bot nelayan di kawasan berkenaan.
Mad Saril ubah tempurung jadi kraf tangan cantik, bernilai
Seorang bekas pekerja swasta di Bagan Datuk mengubah tempurung dan batang kelapa menjadi barangan dan kraf tangan bernilai tinggi.
KADA perluas 80 hektar padi di Pasir Puteh menerusi Program SMART SBB
KADA akan memperluaskan Program SMART SBB seluas 80 hektar lagi di kawasan seliaannya di sini pada musim hadapan bagi membantu lebih ramai pesawah menjana pendapatan lebih lumayan.
Rangka Kerja Integriti dan Antirasuah Industri Perkhidmatan Air perlu dikaji semula
SPAN amat komited dalam merealisasikan pemerkasaan aspek integriti dalam industri perkhidmatan air melalui kerjasama erat bersama para pemegang lesen.
Pantai Teluk Bahang diisytihar sebagai sarang penyu bertelur
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) pada Isnin mengisytiharkan Pantai Teluk Bahang sebagai sarang penyu bertelur.
TUBE-X: 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih melalui bantuan geran lebih RM3 juta
Seramai 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih tahun ini melalui bantuan geran berjumlah lebih RM3 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-X).
Pekerja kedai makan ditemukan maut di hostel
Hasil pemeriksaan pegawai perubatan telah mengesahkan punca kematian adalah disebabkan penyakit Tibi.
Tahanan lelaki meninggal dunia di Kuantan kerana Tibi - Bukit Aman
OKT disahkan mengidap penyakit Tuberkulosis (Tibi) hasil bedah siasat yang dijalankan.
Penularan kes tibi di Malaysia menurun
Penting pesakit mendapatkan rawatan awal bagi mengelak komplikasi dan kematian serta mencegah penularan.
Penghidap tibi dihukum penjara dan sebatan kerana menculik dan mencabul
Majistret Siti Shakirah Mohtarudin menjatuhkan hukuman tersebut terhadap G.Jagajasen, selepas dia mengaku bersalah.