awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

101 kapal dagang bersauh tanpa kebenaran sejak awal tahun ini - APMM

Bernama
Bernama
26/09/2021
12:01 MYT
101 kapal dagang bersauh tanpa kebenaran sejak awal tahun ini - APMM
Sebanyak 101 buah kapal dagang tempatan dan asing dari 17 negara telah ditahan APMM kerana kesalahan bersauh tanpa kebenaran. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Sebanyak 101 buah kapal dagang tempatan dan asing dari 17 negara telah ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana kesalahan bersauh tanpa kebenaran di perairan negeri ini sejak Januari lalu lalu.
Pengarahnya Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata dalam tempoh tersebut, sebanyak RM2.56 juta kompaun dikeluarkan dengan 83 daripada kapal tersebut ditahan menerusi Operasi Jangar Jaram yang dilaksanakan sejak 24 Mac lepas.
Menurutnya, antara alasan yang paling kerap diberikan adalah tidak mengetahui kawasan perairan negara.
"Sebenarnya adalah mustahil untuk mengatakan bahawa mereka tidak tahu kerana apabila kapal antarabangsa pergi ke mana-mana negara di dunia, perkara pertama yang perlu difahami adalah undang-undang yang dikuatkuasakan di negara yang menjadi destinasi mereka.
"Alasan itu kita tidak pertimbangkan sama sekali. Kita melaksanakan penguatkuasaan secara tegas tanpa mempedulikan daripada mana kapal itu berasal," katanya pada sidang media di sini hari ini.
APMM-BERSAUH 2 (AKHIR) JOHOR BAHRU
Sementara itu, mengenai jangkitan COVID-19 dalam kalangan anggota APMM di Johor, Nurul Hizam berkata seramai 120 anggotanya disahkan positif dengan dua kematian direkodkan semenjak Mac tahun lepas.
"Dalam tempoh itu juga hampir 300 anggota dikuarantin dan ada juga jangkitan yang berpunca daripada tangkapan menerusi penguatkuasaan yang dilakukan," katanya.
Katanya, dua kematian itu berlaku pada tahun ini iaitu Pegawai Waran II (M) Muhamat Nazri Othman, 55, yang meninggal dunia pada 16 Ogos dan Bintara Muda (M) Mohamad Poudzi Aziz, 55, pada 17 Sept lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kapal dagang
#bersauh tanpa kebenaran
#APMM
#Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
#Operasi Jangar Jaram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan