awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman bekas eksekutif bank disyaki terbabit rasuah
Bekas jurutera cuba guna wang palsu tukar pengakuan kepada tidak bersalah
Namewee mengaku tidak bersalah miliki dadah, ubat jenis sildenafil
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10,257 kemalangan dan 155 kematian direkod dalam Op Selamat

Bernama
Bernama
17/07/2015
23:41 MYT
10,257 kemalangan dan 155 kematian direkod dalam Op Selamat
Purata jumlah kematian kali ini lebih tinggi iaitu 22 orang sehari berbanding 13 kematian dalam tempoh sama tahun lepas. - Gambar Hiasan
Sejumlah 10,257 kemalangan dan 155 kematian direkod di seluruh negara dalam tempoh tujuh hari Op Selamat dilancarkan sejak Jumaat lepas.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata penunggang dan pembonceng motosikal merupakan bilangan terbesar yang maut dengan 94 kes manakala kereta sebanyak 35 kes.
"Dari jumlah 155 kematian itu, 97 kematian berlaku di jalan persekutuan dan jalan negeri manakala masing-masing 20 kematian di lebuh raya dan jalan bandaran," katanya.
Purata jumlah kematian kali ini lebih tinggi iaitu 22 orang sehari berbanding 13 kematian dalam tempoh sama tahun lepas.
Beliau berkata pihaknya akan mengkaji punca kemalangan.
Mengenai jumlah saman, Mohd Fuad juga berkata sehingga semalam, 53,634 saman dikeluarkan kerana memandu melebihi had laju sementara 2,508 saman dikeluarkan kerana pemandu memotong barisan dan 543 saman kerana pemandu menyalah guna lorong kecemasan.
Op Selamat akan berakhir pada 24 Julai.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#Mohd Fuad Abdul Latiff
#Op Selamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan