awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Pecat betul-betul, jangan baling batu sembunyi tangan macam pondan" - Wan Ahmad Fayhsal
PM Anwar ucap tahniah kepada PM Jepun, Sanae Takaichi menang pilihan raya
LaLiga: Facundo Garces kembali dalam kesebelasan utama Alaves tapi...
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

103 warga asing ditahan dalam Op Kutip di Pasar Chow Kit

Bernama
Bernama
13/04/2025
12:15 MYT
103 warga asing ditahan dalam Op Kutip di Pasar Chow Kit
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur menahan 103 warga asing dalam operasi di Pasar Chow Kit pagi tadi. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur menahan 103 warga asing dalam operasi di Pasar Chow Kit di sini pagi tadi.
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata dalam Op Kutip yang dijalankan sekitar 10 pagi itu, 136 warga asing diperiksa dan ditahan melibatkan 80 warga Indonesia, Bangladesh (13), Myanmar (lima), India (empat) dan seorang lelaki Yemen.
"Kesemua yang ditahan terdiri daripada 80 lelaki dan 23 wanita berumur antara 21 hingga 58 tahun. Mereka dibawa ke JIM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta bagi proses dokumentasi," katanya kepada pemberita selepas operasi itu.
Beliau berkata antara kesalahan yang dilakukan termasuk tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan dan memasuki negara tanpa pas imigresen yang sah.
"Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 di bawah Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c)," katanya sambil menambah operasi dijalankan hasil risikan Bahagian Penguatkuasa Imigresen yang melibatkan 52 pegawai dan anggota.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Imigresen Malaysia
#warga asing
#Op Kutip
#Pasar Chow Kit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan