KUANTAN: Seramai 104 individu menerima darjah kebesaran dan pingat Pahang sempena Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Ke-64 Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abu Bakar, Pekan dekat sini, hari ini.

Mendahului senarai ialah Pengerusi FOMEMA Sdn Bhd Tengku Abu Bakar Ahmad Al-Marhum Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah yang menerima darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri, bersama-sama Jurulatih Eksekutif, Fasilitator dan Pelatih Pengurusan Datuk Rizdwan Abdullah @ Chander Naidu.

Penerima lain SSAP ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Trinidad Holdings Datuk Omar Mohan Abdullah, Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Zulkifli Yaacob, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Dr Mohd Nizom Sairi.

Turut menerima SSAP ialah Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Abdul Wahab Mat Yasin, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Mohd Khalid Ismail, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Aidi Ismail dan Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Azmi Abu Kassim.

Sultan Pahang juga berkenan mengurniakan SSAP kepada Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, Ketua Polis Pahang Datuk Yahaya Othman, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan UMW Holdings Berhad Datuk Ahmad Fuaad Mohd Kenali, Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad Datuk Iskandar Mizal Mahmood dan Pengarah Primadona Solutions Sdn Bhd Puan Sri Eshter Wong Yoke Lian.

Penerima lain ialah Pengarah Enggang Holdings Sdn Bhd Datuk Muthanna Abdullah, Pengerusi The Habitat Foundation Datuk Harry Allyn Cockrell, Puan Sri Wong Hon Yee, Cecilia Lim, Pengarah Paradigm Land Development Datuk Mohan C Sinnathamby, Pengerusi Syarikat Geopancar Sdn Bhd Datuk Yap Teck Fui dan Pengerusi Syarikat Eu Yan Sang Malaysia Datuk Leong Kwei Chun Nee Anne Eu.

Turut menerima SSAP ialah Pengarah Urusan Destiny Group of Companies Lau Hieng Ung, Pengarah Urusan Tunas Rupat Follow Me Express Sdn Bhd Huang Chong Huat dan Pengerusi Southern Edible Oil Industries (M) Sdn Bhd Low Boon Lai.

Lima individu pula menerima darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk iaitu Pesuruhjaya Tinggi Singapura Ke Malaysia Vanu Gopala Menon dan Duta Besar Republik Indonesia Ke Malaysia Hermono.

Turut menerima SIMP ialah Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Mejar Jeneral Datuk Zahari Mohd Ariffin, Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan Kementerian Kewangan Malaysia Ab Rahim Ab Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Jurukur Tanah Malaysia Datuk Ismail Harun.

Sultan Pahang juga berkenan mengurniakan darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang turut membawa gelaran Datuk kepada enam individu iaitu Pengarah Seraya Era Sdn Bhd Tengku Puteri Marina Tengku Ibrahim, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah dan Ketua Pengarah Alam Sekitar Wan Abdul Latiff Wan Jaffar.

Penerima DSAP lain ialah Panglima 4 Divisyen Mejar Jeneral Anuar Abdul Wahab, Mantan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Ahmad Rozian Othman dan Pengarah Syarikat Pelaburan Harta Komersial Ajay Soni.

Seramai 30 individu menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang turut membawa gelaran Datuk iaitu Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh Bhupinda Singh Gurcharan Singh Preet, Toh Muda Orang Kaya Kaya Seri Agar Diraja Rizal Ashram Ramli dan Pengarah Bahagian Forensik Teknologi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Husin Mohamad Nasir.

Turut menerima DIMP Mantan Dekan Pusat Pengajian Sains Komputer Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Ahamad Tajudin Khader, Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Ahmad Hafiz Zulkifly dan Pensyarah Sosiologi Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM Prof Dr Sivamurugan Pandian.

Penerima lain DIMP ialah Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi) Jabatan Logistik Bukit Aman DCP Azizee Ismail, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman DCP Tan Beng Yeow, Ketua Penolong Pengarah E5(M) Cawangan Khas Bukit Aman Datin Seri Zalena Mohd Ariffin, Komandan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur SAC Noor Hisam Nordin.

Selain itu, Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang SAC Mohammad Shaharul Md Osman, Ketua Penolong Pengarah Risikan/Operasi/Rekod Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman SAC S. Shanmugamoorthy Chinniah dan Komander Unit Tindakhas (UTK) Pasukan Gerakan Khas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman SAC Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi juga menerima DIMP.

Penerima lain Ketua Lesen Pasukan Urus Setia KPN (Lesen Senjata Api) Bukit Aman SAC Dzulkhairi Mukhtar, Pendaftar/Ketua Pegawai Operasi Universiti Malaysia Pahang (UMP) Saiful Bahri Ahmad Bakarim, Bendahari/Ketua Pegawai Kewangan UMP Zainudin Othman, Pengurus Besar Sumber Manusia, Pentadbiran dan Pembangunan Oraganisasi Lynas Malaysia Sdn Bhd Jumaat Mansor.

Turut menerima DIMP Pengarah Kawasan Maybank Ahmad Farid Qoureshmi Md Daud, pesara jururawat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Datin Pathmathevy Mylvaganam, Pengarah Urusan Gading Marine Industry (M) Sdn Bhd Jamalolail Mohd Yatim, Pengarah Urusan Mhy Properties Australia Wan Hazreek Putra Hussain Yusuf dan Pengarah Urusan NS Industry Supply Sdn Bhd Wong Boon Ping.

Sultan Pahang juga menganugerahkan DIMP kepada Pengarah Urusan Ebona Trading Sdn Bhd Tan Boon Hee, CEO Civil Aviation Authority Of Malaysia Kapten Norazman Mahmud, Pengarah Eksekutif Kenari Maluri Group (KMG) Datuk Tun Hasnul Azam Tun Hamzah dan pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) SAC (B) Adnan bin Azizon.

Penerima lain DIMP ialah Guru (Penyelaras Sukan) Stella Meris International School S Arunandy, Pengarah Urusan Zaisi Builders Sdn Bhd Zainol Abidin Mohamed, Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Datasonic Group Berhad Safian Mohd Yunus dan Ng Meow Eng @ Sylvia Ng.

Pada istiadat itu, seramai lima penerima dikurniakan darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP), darjah Setia Mahkota Pahang (SMP) dan darjah Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) masing-masing kepada enam penerima selain darjah Ahli Mahkota Pahang (AMP) kepada tujuh penerima, Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) kepada lima penerima, Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) kepada enam orang dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) kepada empat orang.

-- BERNAMA